Monday, February 18, 2013

Paranoid kah aku?



Ok tak tau la aku paranoid ke apa tapi tiba2 rasa sangat scary. huhu. Ada mamat nigeria ni ketuk opis tanya betul x alamat ni (sambil tujuk hp dia) dan company aku ni company registration ke. Bila aku cakap betul la alamat opis tu tp com aku bukan com registration. Dia tanya lagi com aku com apa, aku jawab la construction. Dia terus call com tu tapi xda org angkat dan seminit dua lepas tu hp dia berbunyi dan mamat tu tanya dekat org call tu apa alamat opis org tu. 


Pastu tiba2 dia tanya boleh tak dia masuk dan duduk sebab dia nak tanya/bincang sesuatu. Masa ni dah cuak dah apahal nak masuk opis dan nak duduk berbincang lak. Bila aku kata tak boleh masuk dia tanya aku kalau as a foreigners boleh tak nak buka com tuk supply barang tuk construction e.g cement. Aku jawab la aku tak tau dan tak pasti pastu mamat nigeria tu cakap com yang dia nak pergi tu salah bagi direction. Mamat nigeria tu kenalkan nama dia apa ntah pastu tanya nama aku dan mintak facebook aku. Pastu aku cakap tak boleh sebab nanti suami aku marah (isteri solehah la kononnya). Mamat nigeria tu cakap plak dia bukan suh aku tipu suami aku tapi just kawan je dan dia mintak lak YM aku atau cara macam mana nak contact aku dan apa nama penuh aku. huhu. Last sekali dia tgk aku tak bg semua benda yg dia nak dia cakap dia harap leh jumpa lagi.


1. Alamat yang dia tunjuk kat dalam fon dia tu contoh 101-104 Block D. Opis2 kat sini alamat dia 101 atau 102 atau 103.


2. Masa org opis tu call mamat nigeria tu dan dia tanya apa address opis orang tu takde lak mamat nigeria tu nak tanya aku kat mana opis tu dan dia xsebut pun apa address sebenar dia instead dia nak masuk opis dan berbincang lak. huhu.

3. 5 minit lepas mamat nigeria tu blah aku g kunci grill opis pastu aku nampak dia tengah berjalan kat area luar opis aku ni. Pelik sebab kalau dia dah tahu kat mana opis tu kenapa dia tak terus pergi je dan kalau dia tak tau opis tu kat mana kenapa dia tanya aku mula2 tadi.

No comments:

Post a Comment