Friday, July 20, 2012

Singapore Day 1

Minggu lepas akhirnya berjaya gak aku jejak kaki kat Singapore dengan Adah & Neni. Perjalanan buat aku dan adah bermula dari Terminal Bersepadu Selatan manakala Neni dari Kuantan. Ni kali kedua aku datang TBS ni, mula2 dulu masa beli tiket bas nak pergi singapore. Agak cantik gak la TBS ni, luas pun luas dan sangat jauh berbeza dengan puduraya yang baru ubahsuai tu. Neni bertolak dari Kuantan pukul 10.30 dan kami lak pukul 12.00 tapi bas kami lewat dan dalam 12.30 baru bertolak dari TBS. Dalam perjalanan tu memang kami tido jer la, sedar-sedar dah sampai imigresen Johor. Masa kat Imigresen Singapore aku buat lawak lak sebab dengan rajinnya g kuarkan hp aku yang 3 ketul dari backpack aku. hahha. Padahal orang tu suh kuarkan hp yang ada dalam poket jer. Hehehe. 
Akhirnya jumpa Neni gak
Aku dan Adah turun kat Beach Road dan sepatutnya Neni turun kat Beach Road gak tapi tak tau kenapa bus Neni turunkan penumnpang dia kat Lavender Street. Aaah sudah satu hal plak kami nak mencari Neni yang tak tau kat mana tu. Dah la kitaorang sampai dalam kul 5.30 pagi dan tak ramai orang lagi masa tu tuk tanya. Oleh itu dengan gigih la kami mencari Neni sampai ke Lavender Street mengikut papan tanda jalan jer. Kalau mengikut Google Maps kami berjalan dalam 1.7km (21minit) untuk jumpa Neni. Lepas jumpa Neni tu kami tanya orang mana MRT yang paling dekat sebab Pang tunggu kat MRT. Orang tu kata yang paling dekat Lavender dan Kallang, disebabkan memikirkan MRT Lavender yang sangat jauh dah kami tinggalkan tadi kitaorang cari MRT Kallang jer la, hohoho tapi akhirnya kami sesat sampai ke MRT Boon Keng dan mengikut Google Maps kita orang berjalan 1.8km (27minit)

Bila dah sampai rumah Pang kita orang sarapan dan bersiap2 keluar pergi Fort Caning plak. Hari tu hujan agak lebat gak sampaikan berbelah bahagi nak pergi ke tak Fort Canning tu tapi Adah kata alang2 dah sampai kita pergi jer la dan itu merupakan keputusan yang bijak sebab Fort Canning tu best. Macam tempat bersejarah dan kubu tentera masa zaman British dulu.
Fort Canning Gate
Sesi mendengar penjelasan Map dari abang security yang tengah makan Roti canai.. Hehe
Fort Canning Information centre.. Cantik Kan Bangunan Dia?
Salah satu Taman kat Fort Canning
Ni kat dalam BattleBox (Bunker british dulu),
orang2 tu semua patung dari Madame Tussaud London .
Boleh nampak Marina Skypark dari Fort Canning ni.
Dari Fort Canning ni kami pergi ke Arab Street plak tuk makan tengah hari tapi kul 4, operasi masa ni ialah nak cari Kedai Zam Zam yang dikatakan ramai orang sebagai sangat sedap. Bila dah sampai masing2 order sepinggan Biryani dan satu pinggan murtabak saiz besar. Hehe. Tapi pakcik kedai tu kata jangan order banyak2 nanti tak habis makan sebab murtabak dia besar dan tebal, oleh itu kami pun order 2 Biryani dan satu murtabak jer. Hahaha sekali bila sampai jer murtabak tu sekelip mata jer kita orang habis kan dan order lagi satu murtabak.. Terkejut muka pakcik tu masa tu. hahaha. Mana taknya dah kul 4 baru nak makan lunch so semua orang kebulur. hehe.
Kitaorang ada singgah Children Little Museum masa kat area Arab Street tu. Memang best gila la dan mengimbau balik kenangan masa budak2 dulu. Dah macam orang tak betul jer kitaorang kat dalam museum tu berposing hahahhah. Masing2 bila nampak satu benda tu mesti Waaaahhh dulu aku ada ni, dulu aku main benda ni. Memang sangat best! Kalau nak masuk kena bayar SGD2.00 sorang tapi tak kisah sebab memang sangat berbaloi.. Dari koleksi permainan sampai la koleksi makanan/air dia ada. BEST!!!!




Lepas dah beli belah sikit di area Arab Street ni kami pergi ke area Marina Bay plak sebab nak tangkap gambar dengan Merlion (ala yang singa pancut air kat mulut tu). Sampai area Marina Bay tu dah malam dengan kaki jalan dengkut2 lagi sebab kaki sakit. hoho. Sekali bila sampai jer kat Marina Bay tu nampak ada bunga api lak dan ramai orang tengok. Bila Pang tanya diorang kata tengah rehearse tuk Hari merdeka Singapore. Gila la baru raptai jer dah canggih gila bunga api dia. Kagum tul aku.

No comments:

Post a Comment