Sunday, July 24, 2011

Penganggur @ Bekerja @ Belajar

Yuuhuuuuu..... Apa khabar rakyat jelata semua.. hahha poyo je ayat. Mesti kawan2 yang kenal aku pelik kenapa tiba2 blog ni leh ada balik sebab hari tu cam poyo jer nak tinggalkan dunia blogging la bagai. Hahahaha. Masa keputusan nak benti blogging (padahal dah lama tak aktif pun) tu dibuat aku tak sangka lak aku nak benti keje secara seriousnya. huhuhu. Oh yeah minggu depan minggu terakhir aku keje, so lepas ni aku bukan lagi auditor dan kembali menjadi penganggur terhormat. hahaha. 

Aku rasa kerja aku dan akaun ni boleh ibaratkan sebagai benci tapi sayang. Yela aku benci dan tak suka kerja tu tapi at the same time aku sayang nak benti dan aku sayang nak tinggalkan dunia akaun yang aku dah jatuh cintan sejak dari form 2. huhu. Kalau tak kerana opis aku cam hampeh sikit lately ni maybe aku tak kan benti dari situ kot. hohoho. Dan bila aku tak benti dari situ mesti Pang akan tanya bila aku nak benti dari situ and cari kerja lain. hahaha. Pang, now i dah benti ok cuma i tak dapat keje lain je lagi so our trip to Redang, Hong Kong, Uganda, Bali, Utah, Zimbabwe dan Lorong Haji Taib terpaksa ditangguh sementara waktu sehingga diberitahu kemudian hari  ^_^.

Main reason aku benti keje tu sebab aku dah bosan dengan keje and environment keje aku dan aku rasa kalau aku terus keje kat situ macam tak kan ada peningkatan dalam hidup dari segala aspek. 2nd reason kenapa aku benti gak sebab mula2 aku ingat nak sambung belajar walaupun sebenarnya aku memang dah tender surat benti sebelum aku dapat tau aku dapat sambung belajar ke tak. Huhuhu,

Sekarang ni tengah duk pusing kepala pikir nak sambung belajar(sebab dah dapat offer) atau keje atau duk umah je buat freelance. huhu. Kalau ikutkan senior tempat keje aku tu dia suh sambung belajar sebab masih muda lagi (muda ke umur 26????) and dia cakap kalau aku tak sambung sekarang bila lagi nak sambung sebab nanti mesti aku kahwin and ada anak and for sure tak kan ada masa tuk belajar dah. Kalau ikutkan senior aku lagi satu lak dia kata nak buat apa sambung belajar sebab aku lagi setahun jer kerja dah leh apply  MIA member. Kalau ikutkan Pang lak dia kata sambung la sebab aku macam beria dan excited je masa apply hari tu. Kalau ikutkan raksasa lak dia kata kalau tak confident jangan sambung sebab kalau tak pass kang dua-dua melepas, kerja dengan belajar. Kalau ikutkan hati aku sendiri memang aku teringin sangat nak sambung belajar suma aku takut aku tak mampu nak bawa plak sebab aku ni gatal plak amik by research bukan coursework. hohoho. Pastu nanti bila sambung belajar dah takde duit masuk bulan2 dah and tak leh la nak berjoli sakan dah kan. huhuhu. Hmmm aku ada masa 21 hari tuk berpikir sama ada nak sambung belajar atau kerja.

Membuat keputusan adalah satu perkara yang membencikan!!!!!



"How many times in our life have we been afraid to tackle a tough job or project, believing that we just didn't have enough talent or brains or guts to succeed, and then once we have forced ourselves to try - and successfully completed the challenge - we look back at what we have done, finally realizing that our greatest enemy, the one who urges us not even to try because we would certainly fail, was none other than ourselves."
 ~Mandino, Og, Secrets for Success and Happiness ~

No comments:

Post a Comment