Wednesday, May 25, 2011

Pilihan Hidup

Lama betul aku tak update blog ni. Ntah la mood nak mengupdate blog ni macam dah terkubur macam itu saje. Huhu. Kadang-kadang aku rindu zaman dulu bila rajin menjenguk blog orang len, menyemakkan diri kat twitter, menangkap gambar macam orang gila. Haha.. Bagi aku tu dah macam one of way to release tension. Huhu. Skang ni balik keje je dah penat dan kalau aku online pun aku buka facebook main game dan jenguk 2-3 blog kegemaran aku. Terasa sungguh diriku dah tua bangat gitu. Huhu.

Ok la malas aku nak emosi-emosi dah terkenang kisah lama. Huhu. By the way tadi aku layan citer White Collar 2 kat astro and ada satu part dalam citer tu buat otak aku berpikir sekejap. Dalam citer tu mamat yang bernama Peter ni tak silap aku seorang yang ada background account tapi ntah macam mana aku tak tau dia leh join FBI plak. So dalam citer hari ni mamat tu kena nyamar jadi external auditor tuk one of big company kat US jugak la. Mamat Peter ni dapat first class punya layanan dari company tu, dapat duk 4 star suite, office yang besar, makanan yang superb. Kesimpulanya memang best giler la kalau nak compare dengan life dia as FBI yang macam tak mewah tu. Pastu budak bawah dia saja nak kacau dia and cakap dia tak regret ke pilih jadi FBI yang tak kaya dan takde apa-apa kalau nak dibandingkan dengan life sebagai CEO or CFO ker. Jawapan yang mamat Peter ni bagi memang best la bagi aku, dia kata dia tak pernah regret walaupun life yang dia tak pilih tu jauh lebih mewah dan senang dari life dia sekarang sebab dia bahagia dengan keluarga dia sekarang. Dia bahagia sebab ada wife @ gf bila dia balik umah and have someone to share his emotion and problem. And because of that he never regrets that he didn’t choose the other path in his life.  

Ini jer yang aku nak citer. Pendek kan? Hehe. Bagi aku memang bermakna la kata-kata mamat Peter ni. Kebahagian tak dapat dibeli dengan wang ringgit dan walau macam mana korang kaya sekali pun tapi itu tak bermakna korang akan bahagia dengan apa yang korang ada. Pasti akan ada sesuatu yang tak dapat kita miliki walaupun kita orang yang paling berjaya, kaya atau popular di muka bumi ini. Mungkin kita seorang yang kaya tapi  dia datang dengan harga yang sangat mahal. Mahal disini bermaksud kita mungkin terpaksa melepaskan sesuatu in order tuk menjadi kaya. Seperti contoh kita mungkin terpaksa menghabiskan masa dengan kerja dan tak mempunyai masa dengan keluarga ataupun kita terpaksa buat sesuatu yang bukan kehendak kita atau melampaui batasan moral kita. Banyak lagi perkara yang kadang-kadang kita terpaksa korbankan tuk kita mendapatkan sesuatu.

1 comment:

  1. bila dah berumur ni, walaupun perasan byk benda yg kita impikan masa kecik2 dulu x tercapai, sepatutnya kita rasa sedih. tapi tak, sebab Tuhan dah gantikan impian2 tu dgn sesuatu yg lebih baik yg tak pernah kita impikan masa kita kecik2 - cinta :)

    ReplyDelete