Sunday, April 17, 2011

Yang Mana Satu?

Aku berada dalam kekeliruan dan kecelaruan hidup dalam menentukan arah tuju hidup yang penuh dengan ranjau-ranjau kehidupan. Hoho ayat nak poyo jer kan. hehe. Aku rasa dalam tahun ni jugak aku kena buat gak pilihan sebab makin lama umur makin tua, lain la kalau makin muda then tak payah la aku nak bersusah-payah decide apa aku nak buat dalam hidup aku ni. huhu. Dari dulu lagi aku tak suka buat pilihan sebab masing-masing ada pros and cons dia. Kang kalau tersalah pilih kan naya jer. Huhu. Takut wooo. Di antara pilihan yang aku ada :-


A) Sambung Belajar (Master)


Aku memang dari dulu lagi teringin nak sambung belajar. Kalau cita-cita aku nak jadi doktor dulu tak tercapai sebab tiba-tiba leh plak terjatuh chenta dengan akaun ni, dapat title Dr. sebab ada PHD pun ok gak. hahaha. Aku teringin nak pakai topi bulat tu. hehe. Niat pun dah lain kan. Aku rasa macam tak cukup jer ada Degree tapi mampu ke aku nak ambik master sedangkan degree dulu pun result macam hampeh jer. 

  1. Kalau amik master pastu kena amik PHD so pilihan kerjaya aku di masa hadapan ialah jadi seorang lecturer (mampu ker aku)
  2. Kalau jadi lecturer di masa akan datang akan ada banyak masa compare dengan orang yang kerja office hour ni and time kerja fleksible sikit.
  3. Kalau aku amik master pastu aku tak perform elok dalam master mesti susah nak amik PHD, bila dah susah mesti nanti aku takde kerja. Itupun kalau aku dapat habiskan master aku, sekali aku tak dapat habiskan master aku kan satu hal plak. Nak kena start keje dari bawah balik.
  4. Tahun ni aku 26, kalau amik master research mesti paling kurang 2 tahun, pastu kalau dapat sambung PHD mesti lagi 3 tahun. Paling cepat aku leh habiskan belajar bila umur aku dah 31 @ 32 tahun. huhu tua tu. Bila lak aku nak start menyimpan and ada harta sendiri.. huhuh Bila lak nak ada family sendiri. huhu.
  5. Aku dah lama tak belajar and english aku memang dah cam haram la (sebelum2 ni pun cam haram gak). Takut gak aku nak kena wat tesis semua tu dalam eng. huhu. 
  6. Jadi lecturer macam best sebab ko dapat share benda yang ko tahu dengan orang lain, dapat jumpa orang selalu, dapat update pengetahuan ko (ni kena rajin la) dan tak bosan sebab bila jumpa orang banyak ragam. Aku kan tak suka kerja yang duduk je ngadap pc. huhu.

B) Cikgu

Cikgu.. Cikgu.. hahah. aku macam tak percaya jer aku nak apply cikgu kan. hahha. Dulu bila semua orang duk suruh aku jadi cikgu aku tak mau. hehe. Cikgu ni pilihan kedua aku kalau aku rasa tak mampu nak sambung belajar. Cuma sekarang ni aku tengah pikir jadi cikgu sekolah menengah ke sekolah rendah yang best. Kalau sekolah rendah punc am best gak sebab budak2 tu kecik lagi so mesti cute2 lagi, kalau yang sekolah menegah ni banyak yang dah degil. huhu. Bila tengok Glee mesti aku rasa best gak jadi cikgu  ni eck. 


C) Kerja

Kalau 2 pilihan kat atas ni aku tak mampu nak buat aku terpaksa la kerja. Tapi aku tak tau nak kerja apa la. Itula masalahnya sebab bila aku bukak je jobstreet mesti aku tak tau nak apply kerja apa. Huhu. Lagi satu kalau aku amik kerja bahagian akaun or audit ni sesuai ker kalau aku dah tua and ada family sendiri nanti. Macam kerja kat kelana jaya dulu ada time2 aku kena balik kul 11 malam dan lagi lewat pun ada. Dah la kuar awal pagi balik pulak lambat. Kalau kerja audit plak kena banyak travel, kalau kena dalam town jer ok la kot, ni kalau kena outstation macam mana lak. huhu.



  

No comments:

Post a Comment