Saturday, January 1, 2011

Selamat tahun baru 2011


Selamat Tahun Baru Semua. Pejam celik pejam celik dah 2011, cepat tul masa berlalu. Blog aku yang satu ni dah pun celebrate new year 3 kali dengan aku. ehhehe... Kalau yang lagi satu blog tu tak silap dah 5 kali sambut new year dah la. eheheh.. lama gila aku rasa.Rasa macam baru semalam aku duk tercari-cari macam mana nak register blog and menggunakan blogspot ni. hehehe. Apa yang korang buat malam new year hari tu, Aku duk melepak dalam bilik sambil bengang sebab internet super slow, aku nak upload gamabr sekeping ni sampai tertido aku dibuatnya. hahaha.

Apa yang berlaku dalam tahun 2010 :- 



  • Aku accident pas balik dari sambut new year malam tu. Aku betul-betul terasa macam nak hilang nyawa dah masa tu. huhuhu padan muka sapa suh kuar merayap ta tentu pasal. huhuhu
  • Aku kenal ada satu mamat ni kat friendster. Gila super lawak sebab mana ada orang guna friendster lagi dah masa tu. hehehe. Aku plak tak tau kenapa gatal tangan masa tu nak buka friendster. Lawak-lawak pun in the end mamat tu jadi salah orang yang rapat dan boleh dipercayai dalam hidup aku. hohoho.
  • Katil aku patah 2 kali tahun ni. Hahaha... Dasar kegajahan tul saya ni. hehehe. Aku dah fed-up dah nak ada katil dah skang ni. hehehe.
  • Aku pergi buat ujian yang aku paling tak sangka aku akan buat. huhuhu.. Anyway doctor tu yang tak bagitau test apa dia buat. Sekali bila aku balik umah and cek baru aku tau aku buat test tu. ehhehe teruk kan...
  • Aku buat perubahan besar dalam hidup aku. Mungkin bagi sesetengah orang takde apa kot perubahan tu tapi aku terasa gak la. Skirt pendek aku dah bertapa dah dalam almari aku tu. Aku pun tak tau nak buat pe dah, nak buat kain buruk macam sayang plak. Takpe la nanti dah kahwin leh pakai. ahhahaha... Yang paling tak boleh blah aku leh pakai baju kurung bila kuar jalan-jalan. hehehe... Padahal satu ketika dulu aku la orang yang paling pelik kenapa ada orang pakai baju kurung pergi jalan-jalan. Hehehe.. Manusia berubah kan.
  • Pintu hati ku terbuka nak sambung master tapi tak tau nak sambung course apa. hehehe.. Kesian senior aku beria nak bagi pendapat kat aku apa yang seeloknya tuk aku. Yang best dia tak kan bagitau apa yang bagus tuk aku, dia just bagi pilihan apa yang ada and terpulang pada aku apa yang aku rasa terbaik tuk aku. Thanks Mr Seelan and i'm so sorry sebab i tak sambung-sambung study lagi. Hari tu aku bagitau dia aku nak jadi cikgu plak, hehehe dia kata apa saja yang aku nak buat just go for it sebab semua pilihan yang kita buat tu akan jadi satu pengalaman yang berharga dalam hidup kita dan jangan takut dengan perubahan serta consequence daripada keputusan yang kita buat tu.
  • Tahun 2010 gak aku beli hp baru, sony erricson cedar. Best gak hp ni sebab dia murah tapi macam-macam ada. Kira berbaloi la dengan harga yang korang bayar tu. Cuma kamera dia jer la memang tak lawa langsung. huhuhu. Tapi aku tak kisah sangat sebab SE K810i aku tu elok lagi tuk tangkap gambar. Hehehe. Pastu aku ada beli cermina mata baru ganti yang lama yang dah calar balar sebab aku pergi lap kat suar. hehe. Nasib baik aku tak terpengaruh dengan orang kedai tu tuk ambik spek yang mahal-mahal punya. huhuhu
  • Rumah aku dah ada pendatang baru. Ntah macam mana ayah aku leh bawak balik kucing and nak bela lak tu. Kitaorang nama kan dia comot. Cute sangat comot ni. Aku suka panggil dia psiko sebab dia macam tak berapa betul sangat and suka lompat2 tak tentu pasal. ehhehe.
  • Tahun ni family aku beraya kat kl je. Seingat aku ni la first time kita orang raya kat kl pagi raya tu sebab sebelum ni paling teruk pun masa mak aku kena keje petang dulu so tengah hari kita orang dah ada kat kl.
Rasanya itu jer la yang terjadi kat aku sepanjang tahun 2010 lepas. Ada lagi yang kau rasa tak berapa penting and patut simpan dalam diri sendiri jer. hehehe.

Dengan kedatangan 2011 ni aku harap aku nya impian or azam tercapai la. Impian aku :- 

  • Nak berubah menjadi insan yang lebih baik dari sekarang
  • Sambung master or jadi cikgu kalau dapat la
  • Nak ada lesen kete. Dah 2 kali ambik lesen tapi tak pernah dapat bukan sebab gagal tapi sebab Lesen L aku mati. hahaha
  • Nak belajar menjahit dan ada mesin jahit. Aku dari dulu lagi teringin nak belajar menjahit sebab nak upah baju ni tersangat la mahal. huhuhu
  • Nak belajar masak balik. Dah lama sangat aku tak masak rasanya sejak kerja ni. Dulu masa tak kerja ada gak la aku masak sebab takde apa nak buat. Skang ni memang selamat tinggal la dapur tu. Nak kena usaha balik ni.
  • Aku nak ada rumah aku sendiri. Hehhee.. tapi macam susah sangat jer nak tercapai kalau dengan gaji aku skang ni. Jangan cakap rumah, kete pun lum tentu aku mampu nak beli skang ni. ehhehe.
  • Aku nak habis baca buku-buku citer yang aku dok beli dari dulu lagi. Beli jer lebih bacanya idak pun. hehe. So tahun ni aku berazam nak habiskan gak mana-mana yang tak habis lagi tu.
  • Aku nak kurus. ahhahah.. yang ni pun susah nak capai sebab aku memang suka makan. hahaha.. belum apa2 lagi dah cakap susah nak capai... ahhaha
  • Aku nak pergi bercuti. Nak duduk kat serambi chalet yang tepi laut sambil minum teh o panas and baca buku yang aku tak habis2 baca lagi tu.. Bestnya lagi-lagi kalau ada angin yang sepoi-sepoi bahasa gitu. Best gilerzzz!!!!!!!!
Ada lagi impian aku yang aku tak leh share dengan korang. Malu seyh. hehehe... Bak kata siti Nurhaliza, Biarlah rahsia.. hahaha.. ok la sampai sini saje la aku ngomel yer. Len kali aku sambung.



It was a high counsel that I once heard given to a young person, "Always do what you are afraid to do."
~Ralph Waldo Emerson~





Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apapun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah gembira dan senyuman)”. (Hadis Riwayat Muslim)


No comments:

Post a Comment