Thursday, November 25, 2010

KISAH BENAR

Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.

Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al_Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlakupertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka.


Pernah pada suatu masa,  adik berkata dengan suara yang agak keras, "cuba  mama tengok,  jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai  tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai  kawan-kawan annisa kat   sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak  pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"

Ibu hanya mampu mengeluh mendengar kata-kata adik.  Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir  malam. Dalam qiamullailnya. Terdengar lirik doanya " Ya  Allah, kenalkan annisa dengan hukumMu".

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah  berhampiran rumah kami.  Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang  masih kecil.  Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat  dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama  mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga  ada yang menggelarnya  si buta, bisu dan tuli.

Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia  bertanya kepada saya,  "abang, betul ke 0rang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan   tuli?" Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri" Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya  dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah  mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar  mendadak berlaku pada   wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat  lesi.. entah apa yang dah berlaku?

Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung  yang labuh. Adik pakai baju labuh.. lengan panjang pula tu... saya sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada  Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib.. ya, saya katakan  ajaib kerana dia berubah seratus peratus!

Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang  tidak tentu arah... saya  lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah  Islam (biasanya dia  suka beli majalah hiburan), dan saya lihat  ibadahnya pun melebihi saya sendiri.. tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunatnya.. dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan.. Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya..

Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk  bekerja di kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah (rumah saya di Madiun). Dalam  perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik di  beri kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.

Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang..hati berdebar-debar, tak dapat ditahan... saya berlari  masuk ke dalam  rumah..saya lihat ibu menangis.. saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya... dalam esak tangisnya ibu  memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir  hidupnya"..air mata ini tak dapat ditahan lagi...

Setelah selesai upacara pengkebumian dan  lain-lainnya, saya masuk ke  bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik  menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu  saya buka sehelai demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan  pertanyaan yang selalu timbul di hati ini...  Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu  khoiri.. disitu tertera soaljawab antara adik dan isteri jiran kami itu.  Butirannya  seperti ini:


Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)

Annisa : aku hairan,wajah wanita ini cerah dan  bersinar seperti bidadari

"mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"

Isteri jiranku : Alhamdulillah ..sesungguhnya  kecantikan itu datang dari lubuk hati

Annisa : tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi  masih kelihatan  cantik

Isteri jiranku : Subhanallah..sesungguhnya  keindahan itu milik Allah  SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak..siapakah yang  boleh menolaknya?

Annisa : Mak Cik..selama ini ibu saya selalu  menyuruh saya memakai  tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa  tak ada masalah kalau  saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi  kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung.. pendapat mak cik bagaimana?

 Isteri jiranku : Nnnisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya  akan dipertanggung jawabkan dihadapan Allah SWT nanti, tudung adalah perlindungan untuk wanita ..

Annisa : tapi yang saya tengok, banyak wanita  bertudung yang  kelakuannya  tak elok..

Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain , tapi  hakikat atau makna  disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami

Annisa : apakah hakikat tudung ?

Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari  memandang lelaki yang bukan muhram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia ..sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang  mudharat baik untuk   dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari  mencium segala yang  berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari  berbuat sesuatu yang tidak  senonoh, lindungi kaki kamu dari melangka, menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang  mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari  sesuatu selain Allah SWT,  bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati  kamu.. itulah hakikat tudung

Annisa : mak cik, sekarang saya sudah jelas  tentang erti tudung... mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?

Isteri jiranku : Duhai nisa, bila kamu memakai  tudung, itulah kurniaan  dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha  Pemberi Rahmat , bila  kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk  melaksanakan  amalan-amalan 'tudung' > hingga mencapai  kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. Duhai nisa ..ingatlah akan satu hari di mana  seluruh manusia akan  dibangkitkan..ketika ditiup sangkakala yang kedua,  .pada saat roh-roh   manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu   padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam  yang panas, tiada   rumput mahupun tumbuhan , ketika tujuh matahari  didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh  manusia  ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya ,  anak tidak  mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi ,  antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran  satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini,  ketika manusia   berbaris dengan barisan yang panjang dan masing  masing hanya  mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana  rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang  banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung  amalannya , ada yang melihat ketika hidupnya namun  buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan,  ada yang berbentuk  seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana  hari itu Allah SWT   murka..  belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah  hari itu.  Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT di padang mahsyar yang  panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa,  bila kita tidak   berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan  apa nanti kita akan  menjawab  bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha  Besar , Yang Maha   Kuat , Yang Maha Agung. . . . Allah SWT .

Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana  di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk  matanya.. Subhanallah .Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu "buta ,  tuli dan bisu.. wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya  , wanita yang tidak  pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang  murka Allah SWT ,   wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang   dosa dan sia sia"


Tak tahan airmata ini pun jatuh.semoga Allah SWT  menerima adikku  disisinya..Amin

Subhanallah ..saya harap cerita ini boleh menjadi

iktibar bagi kita semua. Wassalam.....



Aku ambik dari email yang kawan aku bagi...

No comments:

Post a Comment