Thursday, October 28, 2010

Kenapa diet ku selalu gagal....


Persoalan ni memang selalu bermain-main di ruang legar minda ku ni.. hahaha.. padahal aku dah tau jawapan dia tapi nak jugak berlegar-legar kat ruang minda la konon.. hahaha... ok kat bawah ni aku senaraikan antara sebab kenapa diet ke selalu gagal...


1. Masak Sendiri...

Aku tak tau kenapa bila aku masak sendiri aku lagi suka makan. Kalau orang lain mesti kalau diorang yang masak diorang tak lalu nak makan apa yang diorang masak. Tapi aku tak.. aku lagi berselera nak makan bila aku masak. Tapi kan aku tak la selau masak pun.. hahhaha... Tak leh pakai punya alasan...


korang tau tak benda putih dalam mangkuk
 tu adalah lemak dalam sup bila dah sejuk.
2. Period

Yang ni aku rasa banyak perempuan yang mengalami nya kot... Aku kalau time of the month ni memang berselara gila nak makan, asyik cepat lapar jer. So katakan la seminggu sebelum tu memang diet tapi bila jer time of the month memang diet ntah ke mana la.. huhuhu...

3. Sumber makanan yang mudah

Ye kat Malaysia ni memang senang dapat sumber makanan. Mana ko pergi mesti ada sumber makanan.. Pagi , petang, siang dan malam dan kat mana-mana ada makanan. Dari makanan cina, melayu, india, mamak, western, arab, vietnam dan macam-macam lagi la... huhuhu.... Apa saja korang cakap la, hampir kesemuanya ada kat malaysia ni ha.. huhuhu.. godaan wei...

4. Di kelilingi dengan orang yang suka makan

Hampir kesemua kawan-kawan aku memang suka makan dan try tempat makan dan makanan yang baru dan sedap.. hahhah.. Tapi kenapa diorang tak gemuk tapi aku gemuk.. hohohooh.... ini tidak adil.. hahahha... Setiap tempat yang aku pergi mesti ada yang enjoy makan macam aku.. ahhaha.. Masalah betul...

Tapi semua ni alasan jer.. Kalau betul2 determine mesti tak kan ada masalah la nak diet kan... huhuhu.. bila la nak berjaya diet ni.. hohooh... ok la... baik aku chow dulu... duk depan pc lama sambil search gambar makanan bikin aku lapar je.. hohoho...

No comments:

Post a Comment