Sunday, October 10, 2010

Gangguan emosi...

Aku mengalami kekeliruan emosi sekarang ni. Entah kenapa di petang ahad ni aku terkenang kisah lama dan membuat aku sedih buat sekian kali dan bagi menambahkan kekeliruan emosi ni, mak aku tengah pasang lagu Jamal Abdillah yang sedih dan sayu dibuatnya. Uish rasa nak berlinang dah air mata ni mengenangkan kisah lama  itu. Aku tak tau kenapa tiba-tiba kenangan itu terpacul di lobi mindaku ini sedangkan aku dah buang jauh kenangan itu dalam diri ini. Aku tahu ianya tidak akan memberi sebarang makna dalam hidupku kiranya aku masih mengingati kenangan dah kisah silam itu tapi apakan daya aku hanya manusia biasa yang tidak mampu untuk menahan dari kenangan kisah silam itu muncul kembali dalam hidup ini......



Maaf kiranya catatan pendek ini menganggu kalian semua.... Aku memerlukan tempat tuk meluahkan apa yang terpendam di hati....

No comments:

Post a Comment