Thursday, September 16, 2010

Wishlist

Dalam nak menunggu cuti raya nak habis ni banyak tul aku berangan.. hahahha.. so dalam berangan tu banyak tul benda yang aku nak ada dalam tahun depan. Malas nak cite panjang aku senaraikan jer la benda yang kalau boleh nak ada (tapi aku rasa memang susah nak dapat pun.. hahahha) :-

1. Cermin Mata vs Contact Lens 

Tahap kerabunan aku dah makin teruk dah ni, spek lama tu pun dah bercalar-balar sebab salah aku sendiri pegi lap pakai kain kasar.. hahahha... Ingatkan nak beli spek jer tapi hari tu kuar dgn kawan2 aku diorang cite pasal contact lens ni pun macam menarik gak. RM45 tuk setahun, kalau buat spek mau terbang 3,4 ratus. huhuhu...



2. Compact Camera vs DSLR


DSLR tu memang gedik habis la kan, bukannya reti tangkap gambar pun aku ni ha. More to mengedik la kalau pakai dslr tu. ahhaha... Next year aku memang nak angkat satu compact camera la, camera hp aku ni dah x leh nak bergantung harap dah. Banyak kenangan2 yang tak dapat nak capture (byk la sangat).

3. Lesen & Kereta


Sejujur-jujurnya aku dah bosan dah nak ambik lesen kete ni, kalau kali ni ambik masuk kali ketiga dah aku ambik. Kali ketiga gak la aku nak kena dengar ceramah yang bosan gila dan lama gila tu. Dan yang paling best aku kena ambik lagi bukan sebab aku fail dulu, cam hampeh jer kan. huhuhu. dah ada lesen baru aku nak pikir sama ada penting atau tak aku nak ambik kete. Aku suka kete Mazda 3 tu.. hot gila kan.

4. Tilam


Yer saya nak beli tilam baru. Tilam lama ni dah lembik gila (tilam foam yang murah gila tu). Tilam tuk single bed berapa eck skang, tak pernah beli tilam so tak tau harga pastu nak cari malas plak. huhuhu....


5. Handphone
Saya nak HP baru, Hp sony ku dah jahanam dah, dah nak terburai dah isi perut dia.. huhuhu.. Hp tu banyak jasa dgn aku, masa tahun lepas takde pc aku duk update blog pakai hp tu jer. Tapi kan aku rasa aku update blog pakai hp lagi banyak dari aku update skang kan. hahahha.. Anyway aku letak pic nokia 3310 tu sebab aku rambang mata tengok pic hp yang lain2 yang canggih bagai semua tu. hahaha...

6. Laptop


Saya nak laptop saya sendiri, dah lama guna laptop dulu so bila guna desktop macam tak best plak. At least guna laptop leh guna sambil baring2 ker apa. hahaha.. desktop kena duk depan pc jer, sakit pinggang wei duk lama2.. hahahah... Aku memang dari dulu lagi suka sony vaio putih melepak ni. hot gila k...


7. Cuti-cuti Malaysia


Best gila kalau dapat cuti-cuti malaysia ni, lama dah tak buat. Last sekali g cuti-cuti malaysia awal tahun ni masa pergi redang dengan family pakcik aku. Kalau pergi dengan kawan-kawan plak masa raya tahun lepas kitaorang pergi melaka. So harap next year dapat la pergi sabah & serawak ker, tak pun area pantai timur. Dapat backpakcing pun best gak.


Setakat ni, ini jerla wishlist aku tuk next year. Korang mesti pelik kenapa aku post benda ni sekarang kan. hehhe... ye r kalau awal tahun depan aku baru nak berazam mesti tahun 2012 baru aku dapat kan sebab nak kena kumpul duit dulu plak... huhuhuh....  Ada lagi wishlist aku tapi tak yah la bagitau korang semua.. hahahahha.... ok la jumpa lagi di hari yang lain, waktu yang lain dan di blog yang sama. Take care semua, Salam.



Pic kat atas to credit to google.

No comments:

Post a Comment