Thursday, September 9, 2010

Salam Aidilfitri buat semua.


Mesti ramai dah balik kampung kan sekarang ni, tinggal aku la terpaksa beraya di KL kali ni. Tak tau la macam mana perasaan dia. huhuhu. Dulu masa mama keje pernah la aku merasa tengah hari raya dah ada kat KL, memang sunyi gila KL masa tu. So kali ni aku tak tau la macam mana perasaan dia kena pagi raya di KL. Hopefully semuanya ok dan meriah la sebab semua sedara belah mama ada kat KL kali ni dan tok aku pun turun KL. huhuhu.. tapi bagi aku walaupun semua ada di KL kemeriahan dia tetap lain sebab suasana kampung tu takda. Saya nak balik kampung.. huhuhu....

Semalam masa tengah tunggu kawan aku ambik kat stesen bas masa tengah-tengah hujan tu teringat masa kat kampung duk kat pangkin dengan tok aku sambil minum teh o panas (bukan bulan pose eck). Tetiba hati aku jadi sayu plak semalam bila teringat kampung sebab aku tak balik beraya kat kampung kali ni. huhuhu. Kemeriahan hari raya tu dah tiada rasanya. Gila emo plak aku tetiba. Pastu semalam masa balik dari keje tengok semua orang ready balik kampung dengan beg besar2, nasib baik puduraya tu tak siap renovate lagi kalau tak mau berlinang air mata den. ahhahah.. poyo kan saya, macam beraya sorang2 jer kat KL ni.. hahhaa...

Anyway aku nak ucapkan Selamat Hari Raya buat korang semua. Kalau ada salah dan silap aku mintak maaf banyak2. Almaklum lah aku ni manusia biasa yang tak lari dari membuat kesilapan. huhuhu. Enjoy hari raya korang dan jangan lupa berserdahana dalam semua perkara yer. Bagi tang memandu tu berhati-hati di jalan raya dan ingat orang yang tersayang yang sedang tunggu korang atau yang dalam kereta dengan korang. Take care dan Salam Lebaran lagi sekali.

No comments:

Post a Comment