Sunday, September 12, 2010

Raya KL @ Raya Kampung


Salam semua,

Selamat Hari Raya lagi sekali buat korang semua ni. Raya sebulan kan.. hehe... Takde apa yang menarik pun raya kali ni melainkan aku raya kat KL je tahun ni. Kalau sebelum ni aku rasa pelik bila ada kawan2 aku beraya kat KL, kali ni aku plak rasa raya kat KL. Nak buat macam mana tahun ni ramai yang tak leh nak balik kampung so nenek aku yang turun raya KL. Dan aku rasa kali ni setelah beberapa tahun semua adik beradik mak aku aka pakcik-makcik aku semua ada, selalunya mesti ada satu keluarga takde. Kami semua berkumpul kat rumah makcik aku Shah Alam lepas sembahyang raya tp dalam kul 12 gak la sebab pagi raya semua kat rumah masing2. Yang paling best lepas sembahyang raya kuarga aku boleh pergi mydin subang plak. hahahah.. Tak pernah dibuat orang pagi raya ada kat Mydin, ni adik aku la orang suh beli baju raya dia pergi beli tshirt superman. dush.. tak pasal2 pagi raya kena cari baju melayu dia plak. ok la byk dah aku ngarut ni.. hehehe... kat bawah ni aku nak senaraikan perbezaan raya KL dgn raya kat kampung.


MERIAH

Raya kat KL ni memang kurang meriah dia kalau nak banding kan dengan raya kat kampung. Pagi raya pun macam biasa jer, takde apa yang menarik pun ak dilihat. Kalau kat kampung pagi2 dah riuh dah semua nak bersiap nak pergi solat and siap2 meja tuk berhidang semua. Pastu pagi2 semua dah berebut bilik air nak mandi dan bersiap. Tahun ni kalau aku nak mandi 28 jam sekali pun takde sapa nak bising nak guna bilik air.Pastu aku suka tengok orang balik sembahyang raya, kampung aku tu tepi jalan so boleh tengok orang balik sembahyang raya dengan baju raya masing2. Syahdu je aku tengok bila pagi tu. Kalau kat KL aku tengok bangunan jer la pastu warga asing yang memenuhi KL.

JALAN RAYA

Ha yang ni memang kontra habis la. Kalau kat kampung aku Kuala Kangsar tu lagi 2,3 hari nak raya jalan memang sesak la terutama kat depan jam besar dan the store tu, kereta memang beratur la. Sebab tu kalau aku kuar dengan sepupu aku mesti kitaorang jalan kaki jer nak ke pekan Kuale tu lebih2 lagi malam raya bila nak ke lembah. Seronok je masa tu berjalan kaki tengok kemeriahan hari raya. Tapi kalau kat KL plak jalan lengang gila, ko nak berguling2 ala hindustan pun boleh kot tak pun kalau nak drift pun boleh. Malah malam raya tu aku tengok mat rempit india dok merempit kat area rumah aku. huhuhu...

MASA

Kat KL memang banyak sangat masa aku yang terluang, malah sehari sebelum raya tu boleh nak beronline lagi, kalau kat kampung jgn harap la eck nak online semua kena tolong buat kerja. huhuhu.. Sapa yang dok saja mesti kena marah nanti.. hahahha...  Kalau kat KL nak tido pun takpe sebab mmg takde benda nak buat pun. huhuuu... Kalau kat kampung masa banyak habis kat dalam rumah jer sebab nenek aku anak sulung so orang yang datang rumah kita orang. Kalau kat KL raya pertama tu kita orang dok pergi beraya rumah orang la, malam baru balik rumah masing2. huhuhu

Ok la ini je yang aku nak senaraikan. Yang lain2 tu ada lagi tapiu bagi aku yang ni paling terasa sekali bila raya kat kl dengan raya kat kampung. Bab makanan takde masalah sangat sebab memang selalu masak sendiri jer pun so bila berkumpul kat umah makcik kau kat shah alam tu memang semua ada la, so takde beza sangat raya kl or raya kampung.


ps- comel kat anak buah aku tu. ehhehe

No comments:

Post a Comment