Sunday, September 19, 2010

Cerita raya ku...



Dah lama rasanya tak update pasal diri sendiri kan, maksud aku personal update ala-ala diari gitu.. hehehe... Sepanjang cuti raya yang ni aku dok belek2 post lama-lama dulu sampaikan aku rindu plak nak update ala zaman dolu-dolu. Mana tak nya bila baca balik macam lawak pun ada gak.. hehehe... Tak sangka plak dah dua tahun blog ni, lama gila ok aku rasa. Dari aku baru habis belajar, keje pastu benti keje pastu keje balik and skang cari keje balik. hahahah.. lama betul ok...

Hmmm apa yang menarik sepanjang minggu ni eck, selain aku dah menambahkan berat yang tersedia berat ni.. hahahha... Puasa sebulan haritu ibarat takde apa-apa pun sebab aku dah topup balik berat yang hilang masa puasa masa 1st day raya lagi. So seminggu raya ni memang berat naik balik ok malah naik dari sebelum puasa dulu.. huhuhu.. cepat la start keje balik so that takde la makan jer kerjanya... hahaha... 



Setelah sesi menimbang berat dilakukan pastu tumbul la kesedaran tuk kurang berat balik, so aku ajak kawan aku g jogging kat tasik subang. Pagi2 raya ke-4 tu kita orang pergi la ke tasik subang tu tapi aku ajak kawan aku tu jalan kaki dari rumah (PJS 6) ke tasik subang., Dah lama wei tak jalan kaki macam tu, sejak keje ni asyik naik kete atau public transport je kalau nak pergi mana-mana. Cuaca pagi tu sejuk jer pastu kete pun tak banyak lagi so memang seronok gila la. Yang paling best sekali bila kitaorang dah sampai kat tasik subang tu tak berani plak nak masuk sebab macam sunyi gila kat situ. In the end kitaorang jalan kaki sampai ke carrefour subang and lepak2 kat D'Naina tu minum2 and gosip2.. Hahaha.... Aku rasa tak berpeluh mana pun hari tu.. ahhaha...
Pic kat kerusi yang aku cakap tadi 

Semalam plak geng fellowship aku pergi open house one of our fellowship gak la. Hahahha.. Makan lagi ok.. Makan aje aku ni.. hahaha... Aku rasa masa tu aku terlebih makeup la masa tu... hahaha... dah lama gila tak pakai foundation pastu hari tu gatal plak nak pakai siap dengan blusher bagai. Terlebih sudah ok. Seperti biasa kitaorang ni bila dah berkumpul memang tak ingat dunia punya, buat rumah orang macam rumah sendiri jer.. hahaha.. Dengan air tumpahnya (bukan aku buat tau aai!!!!), gelak tak ingat dunia punya dan yang paling best sesi bergambar. Sesi bergambar ni memang kegiatan wajib kitaorang setiap kali jumpa kat mana2 sekali pun dari dalam tandas hotel, lif, parking, tangga, dan kat mana-mana yang kita orang rasa menarik la. Tapi semalam aku rasa sesi bergambar tu semua kat kerusi jer, Bayangkan la berpuluh2 keping gambar semua kat kerusi yang sama jer.. ahhaha... berpuluh ker? aku rasa ada seratus kot. huhuhu....

muka yg putih gomak and
lengan yang besar gila babeng
Esok aku ada interview kat cheras, hmm ntahla aku tak tau sama ada pilihan kerja ni sesuai ke tak tuk aku. Tak study apa pun aku ni ha, malas gila rasanya. Tadi duk belek info pasal keje ni jadi cuak plak aku, sesuai ke saya nak keje macam tu, reti ke aku (mereng dah ni sekejap saya, pastu aku plak). Redah jer la besok, harap2 menjadi la interview tu. Tak larat dah nak keje kat tempat skang yang gaji seciput ni, macam mana nak tertunai wishlist aku tu kalau dengan gaji skang ni ha.. huhuhuhu... citer pasal keje terus hilang mood. huhuhu.. ok la kita bersambung di hari yang lain di blog yang sama.

No comments:

Post a Comment