Tuesday, May 11, 2010

Dugaan, Cabaran dan Ujian...

Hi makhluk-makhluk bumi semua, sorry aku agak mereng di pagi-pagi buta ni (kul 2 Pagi). Hajat di hati tadi lepas Isyak nak update blog ar sekali adik aku nak tengok cd plak, tak pasal-pasal aku layan citer lawak mengong tu. Hehheeh. tapi aku gelak sakan gak r tadi.. mengong-mengong dia tu puas gak r aku gelak tawa ria.hehehe. Ish banyak lak aku ngarut ni.

Ntah kenapa kali ni aku pilih tajuk ni plak untuk jadi post aku kali ni, rasanya minggu lepas aku agak teruja nak buat post pasal bunuh diri tapi terbantut di awal jalan lagi. Mungkin sebab beberapa kejadian yang berlaku kat aku dan sekeliling aku sejak akhir-akhir ni. Apa yang terjadi dekat aku tak yah la aku bincangkan eck. Hehehe malu hamba.



Setiap saat dalam hidup kita ni penuh dengan dugaan, cabaran dan ujian dan ianya berlaku sejak kita wujud dalam muka bumi ni lagi, cuma masa kita kecik dulu mungkin kita tak perasan dan kita tak paham macam mana rupa dugaan yang kita hadapi dulu. Sebagai contoh, mungkin masa kita kecik dulu kita di uji dengan masalah kesihatan (sakit kuning, demam panas dll), tak pun kita di uji dengan kematian ahli keluarga terdekat kita. Cuma pada masa tu kita tak mengerti dan merasai dugaan tersebut dan hanya setelah meningkat dewasa baru kita akan merasai kesan terhadap dugaan yang kita hadapi sebelum ni. Tiada siapa yang dapat  lari dari di duga dan di uji sepanjang hayat mereka, tak kira la apa agama, bangsa, umur, darjat dll setiap insan akan di duga dan di uji.


Pada pendapat aku, dugaan ni penting dalam kehidupan kita kerana ianya mengajar kita bagaimana untuk menghadapi dengan masalah tersebut sekiranya berlaku lagi pada masa akan datang dan ia merupakan "wake-up call" buat kita untuk memperbaiki diri kita sendiri. Dan pada pendapataku lagi, seorang remaja yang hidup serba kekurangan dan sentiasa di uji dengan pelbagai dugaan adalah lebih baik daripada remaja yang hidup dalam kemewahan sejak kecil dan tidak pernah mengerti hidup susah. Manusia yang tak pernah atau kurang di uji adalah manusia yang paling rugi. Ini adalah kerana, sekiranya kita tidak putus asa sepanjangkitadi uji dan kita mengambil langkah-langkah untuk menanangi ujian dandugaan tersebut dengan sebaiknya adalah merupakan satu pembelajaranyang terbaik dalam hidup kita.

Bagaimana cara kita menghadapi dan tangani dugaan tersebut akan menghasilkan kesan yang positif atau kesan yang positif dalam hidup kita. Sekiranya kita bijak menanganinya dan tidak membiarkan dugaan tersebut menghantui diri kita, kita akan dapat hadapinya senang tanpa sebarang masalah yang besar. Namun sekiranya kita hadapi dugaan tersebut dengan sungguh negatif, kita cepat putus asa dan tidak mahu cuba menyelesaikan dugaan tersebut, dugaan yang yang sebenarnya kecil kita akan rasakan sangat membebankan diri kita.

Aku selalu pegang pada satu prinsip ni, Allah s.w.t beri kita dugaan dan cabaran ni kerana Allah s.w.t tahu kita mampu hadapinya berbanding dengan orang lain. Dan sekiranya diberi dugaan tersebut kepada orang lain mungkin mereka tak mampu nak hadapinya. Ianya ibarat mak ayah kita marah kita kerana mereka sayangkan kita, Allah s.w.t menduga kita kerana sayangkan kita. Selalunya kita tak perasan akan kesilapan kita sehingga lah kita di duga dan di uji.

Kalau korang macam mana korang hadapi segala ujian dan dugaan yang menimpa.


Ps - Sorry ar kalau ada typo ker apa ker.. aku type masa tengah sangat mengantuk.. anyway kalau ada salah dan silap bagitau la sebab ini pendapat aku jer..

1 comment:

  1. biasalah kan..dalam setiap hari mengharungi kehidupan pasti ada sahaja ujian dan dugaan buat kita.Perlu bersiap sedia untuk menghadapi perkara-perkara tersebut dengan tenang..

    kerana setiap apa yang berlaku pasti ada sebab dan hikmah di sebaliknya yang kadangkala kita nampak dan tersembunyi..selain dari untuk melihat sejauh mana kita mampu untuk bertahan bila diuji dengan perkara-perkara yang kita sendiri tak sangka akan berlaku.

    ReplyDelete