Tuesday, May 25, 2010

Auditor @ Juruaudit

Aku tahu ramai yang kat luar sana bila dengar auditor nak datang audit jer mesti semua muncung jer. Boleh di katakan semua tak suka la dengan auditor ni kan. ehhehe... Mesti la orang tak suka kan kalau kerja yang diorang buat tu nak kena cek dengan orang lain plak. Pastu kena pasti kan semua nya kat opis tu betul dan tepat. Lebih-lebih lagi kalau ISO audit, lagi la macam gila kan.. semua kena ikut prosedur kan.

Hahahaha... Mesti korang sangat menyampah dengan auditor. Masa kat tempat kerja lama dulu, senior aku selalu cakap auditor ni nyebuk jer, "takde de kerja lain ker". Pastu kalau auditor tu mintak apa-apa ker mesti muncung jer senior aku tu. Hehehe... Aku diam jer la masa tu. Pastu kalau aku baca blog orang plak. mesti ada gak yang cerita diorang benci kan auditor (Si azman la salah sorangnya.. hehehe). Kesimpulannya auditor ni memang tak disukai orang.
Setelah setahun setengah aku berkecimpung dalam dunia audit ni aku rasa auditor ni kerja yang bosan tapi seronok gak. Mesti korang pelik kan kenapa aku cakap bosan tapi seronok kan. So aku nak senaraikan kenapa jadi auditor ni bosan:-


1. Dibenci Orang

Aku dah cakap tadi kan yang auditor ni memang tak disukai ramai. So tak yah la aku ulas panjang-panjang kenapa auditor ni tak disukai orang kan, korang sendiri pun tau kan. Silap2 kena asyik sumpah seranah jer la auditor ni. So kalau korang jenis yang mahu disukai ramai memang tak sesuai la jadi auditor ni eck...

2. Dipandang serong

Yang ni aku tak pasti la, tapi aku dah kena dah hari tu masa pergi kenduri sedara aku. Tetiba sepupu aku tanya aku kerja apa, pastu bila aku jawab aku auditor dia terus cakap mesti banyak makan duit ni. Apa kes wei... Tak kan orang lain buat hal, aku sekali kena tempias dia. Tahu tak berdosa ko memfitnah orang.. Memang cam hampeh jer.

3. Kena sentiasa berhati-hati

Hehehe.. yang ni berkait dengan yang atas tu. Korang kena kuat sentiasa berhati-hati bila audit ni. Bukannya apa takut di katakan terima rasuah ker apa ker bila client korang ni tetiba baik semacam jer (paham kan maksud aku). Pastu kata kan la korang ada detect fraud ke apa ker, korang kena berhati-hati supaya korang tak jadi mangsa balas dendam ker apa ker. Kesimpulannya kena la berhati-hati yer.

4. Buat kerja yang sama jer.

Yang ni memang bosan ok.. Kerja korang memang akan sentiasa sama jer setiap kali audit. Kerja dia cek dan cek kerja orang jer.. Ok memang sangat bosan ok. Sampai mati kerja ko kena cek kerja orang jer la.


5. Kena banyak bersabar 

Yang ini memang penting, lebih lagi kalau ko dapat client yang bodoh sombong ni. Mana tak nya akaun diorang dah la cam hampeh (ok lagi kalau setakat ni jer), pastu bila dah di explain dan terpaksa jawab soklan yang menyakitkan hati jer, next year diorang still buat benda yang sama gak. Hampeh kan. Pastu bila mintak supporting document semua tak ingat kat mana la, dah hilang la pastu suruh kita letak je amount (yg xda supporting) tu kat mana2 dia suka. Buat kita macam bodoh jer tak tahu apa yang sebanarnya berlaku. Bila kita kuarkan Qualified report baru la terhegeh2 semua tanya kenapa jadi macam tu la apa la.. Fed-up down nak menghadap semua ni.

Sekarang aku nak senaraikan pulak kenapa jadi auditor ni best:-

1. Boleh tahu rahsia

Yang ni best dowh. Aku memang sangat suka, bila dapat jer akaun client ni aku suka tengok kedudukan kewangan diorang, Gaji staff diorang (Pastu kecewa kenapa gaji aku sikit) dan karenah director of the company. Lawak pun ada kadang2 aku tengok diorang ni, macam2 karenah. Yang dua ni memang aku rasa ketara sangat bila aku buat audit:-

  •  Director company melayu selalunya bila buka company jer terus rembat kereta mewah jadi company car padahal company tak stabil lagi tu (3 tahun pastu company pun tutup). Hampeh kan. Berbanding company cina, diorang selalunya beli kereta biasa2 jer. Bila company tu dah maju sikit baru diorang tukar kereta. 
  • Company melayu selalunya guna nama company yang canggih2 dan guna bahasa inggeris tapi bisnes ntah ke mana. Company non malay plak guna nama simple2 jer dan bahasa malaysia plak tu. Pelik kan. Tapi aku rasa aku tahu kenapa.
Korang nampak tak perbezaan dia. Aku baru senaraikan dua jer, ada lagi tapi malas plak nak type. hehehe...

2. Boleh jumpa orang

Jadi auditor ni tak da la bosan sangat sebab ko boleh kuar pergi opis client and meeting dengan client semua. Kalau ko jadi Account exec. ko just duk opis jer, duk depan pc jer la. Itu jer la kerja ko dari pagi sampai petang. ehehhee... Sebab tu masa aku kerja akaun dulu tahan 2 bulan jer.... hehehe...

3. Eh dah takde yang best kenapa jadi auditor.. huhuhuhu...


Sorry la terbebel bebanyak lak kali ni.. hehhe... By the way korang tak yah la benci auditor ni sebab dioarang just buat kerja diorang jer macam korang buat kerja korang. Masing-masing cari rezeki kan... ehhehe...


Ps - Aku pun guna bahasa rojak gak.. ehhehe sorry...

No comments:

Post a Comment