Monday, March 29, 2010

Komuter Di Hatiku

Geli plak aku baca tajuk post ni.. hahahha... Di tahap ngantok dewa dewi ke-18 ni aku cuba tuk meluahkan perasaan aku pasal pengangkutan awam yang satu ni... Korang tengok tajuk pun dah tau kan... Aku rasa bukan aku sorang jer yang mengomel pasal Perkhidmatan komuter ni, banyak yang dah buat post pasal ni pun.. Saje jer aku menambahkan lagi..huhuhuhu...


Kisahnya bermula pagi tadi bila aku nak pergi kerja. Ntah kenapa plak aku hari ni terasa nak pergi awal plak kerja hari ni. So dengan semangatnya aku melangkah kaki ke Stesen komuter dekat umah aku tu. Sakit gak ar kaki berjalan ke stesen tu sebab hari ni gak la aku nak pakai heels. Dah sampai kat stesen pagi tadi aku jadi agak kaget tengaok manusia yang sebegitu ramai. Padahal kalau ikutkan waktu berlepas si komuter ni patutnya waktu2 macam tu dah takde dah manusia yang sebegitu ramai. Aku pun terus jadi penunggu yang setia bersama-sama manusia yang ramai tadi. Dalam proses penungguan tadi aku terdengar suara-suara halus yang berbisik mengatakan dia kepenatan menunggu komuter selama setengah jam dah... Manusia yang ramai tadi masing2 dah mula call opis cakap akan masuk lambat..


Setelah sekian lamanya menanti, akhirnya seketul komuter hadir jua. Namun kehadiran komuter itu tidak mampu menampung manusia yang sebegitu ramai menanti. Memang macam tin sardin la, ada yang tak dapat nak masuk pun. Nasib baik aku berjaya gak mencelah2 di celah2 manusia tu. Sampaikan tali pemegang tu sampai tiga orang guna nak pegang. Pastu ada satu besi pemegang tu tercabut, memang bahaya gila bagi aku. Apa KTM x mo nak repair ker. Aku rasa tadi aku tak berdiri pun dalam komuter tu sebab berhimpit sangat. Nasib baik la sekeliling aku semua tu perempuan. Dalam hati aku memang nyesal habis la pakai heels tu. Udah le lama lagi baru nak sampai, komuter ni plak suka sangat benti lama2 sebelum nak masuk KL sentral. Bosan tul aku... Bila dah sampai KL sentral baru lah rasa leh nak bernafas gak... Pastu aku terdengar la orang memgomel pasal komuter ni.. Dah sampai kat putra aku tengok xda sapa pun yang bersungguh nak masuk opis dah.. hahahha.. semua jalan slow gila jer... Semangat nak pergi keje terus hilang... Aku ni dengan semangat yang hilang tambah dengan sakit kaki tak hengat dunia punya lagi la malas nak masuk keje dah. rasa macam nak naik train balik umah plak... Nasib baik la aku kena gi tempat client,. Kalau tak memang sah2 aku balik umah tido jer.. hahhahaa....


Sekian ngomelan aku buat masa ini... terima kasih kerana sudi membaca...

5 comments:

  1. nanti aduan rakyat minggu nih pasal komuter la..kot,aku pon tak taw sangat..biasa naik motor jek..haha

    memang masalah ek pengangkutan tuh..walau mempercepatkan perjalanan ke sesuatu destinasi pon masih ada masalah dari segi perkhidmatannya dan juga penyelenggaraan yang tak sempurna.

    Dulu PM pernah naik sekali kan?tapi masalah still sama ek...

    ReplyDelete
  2. so badla.. komuter kat m'sia nie..kalau tak kena time (peak hour).. macam sardin... kena tambah lagi, gerabak satu ke dua.. huhu...

    ReplyDelete
  3. piston - komuter ni memang... dulu buat promo suruh orang guna perkhidmatan dia tapi servis takde perubahan langsung.. hampeh sungguh... igt lg ada staf komuter ni bagitau yang diorang target tahun ni nak untung RM 1 sbb tahun sebelum2 ni tak pernah untung. servis macam hampeh tp target nak untung jer.

    ReplyDelete
  4. Zikr - rasanya kalau tambah satu dua gerabak pun tak kan dapat selesaikan masalah sebab diorg ni asyik delay je memanjang...

    ReplyDelete
  5. During KTM random survey aku jawab service okay. (answer from customer yg baru sekali ride KTM in 3 years)

    ReplyDelete