Tuesday, March 16, 2010

Kenapa aku suka berblog

Salam semua, Korang sihat ker.. hehehe.. dah lama sangat aku mengabaikan blog ni, aku tau aku cakap aku nak selalu update dah masa last post aku tu. Tapi apakan daya aku tak selesa nak update pakai pc opis, rasa bersalah plak… hehhehe… Tapi sejujurnya aku memang merindui zaman berblogging ni.. Rindu gila seyh.. Rindu gila nak blog hopping pastu meninggalkan jejak kat blog orang… Sekarang macam takde masa jer… Nak guna opis punya macam akan memakan masa yang lama jer. Nak guna kat rumah takde pc plak… huhuhuhuhu… sabar jer la sampai aku ada pc atau notebook sendiri.


KENAPA AKU SUKA BERBLOG???


1) Sesi Luahan Perasaan.

Aku ni jenis yang susah nak berkongsi perasaan dan masalah dengan orang lain. Selalunya aku simpan sendiri jer. Aku jenis tak reti nak bercerita pasal diri aku, even best friends aku pun hanya selepas 5 tahun baru dia tau masalah aku. So dengan adanya blog ni aku boleh gak r nak berkongsi masalah dengan orang lain, walaupun hanya berkias sikit. At least kurang sikit beban di kepala ni ha. Hehehe.. Tapi sekarang susah sikit dah sebab ramai orang yang aku kenal dah tau pasal blog ni… So agak bahaya kalau bercerita semua… sebagai jalan penyelesaian aku buka satu blog lagi.. hehehe… gila sangat dengan blog la ni…



2) Berkongsi pendapat

Ni lagi salah satu sebab yang menjadikan berblog ni satu perkara yang hebat (cit ayat nak canggih jer). Kalau korang jenis yang malu-malu nak bagi idea atau bertukar pendapat dengan orang lain, blog la merupakan salah satu platform yang bagus tuk korang berkongsi idea dan buah fikiran korang tu. Dalam ruangan komen korang tu dah leh jadi forum tuk berbincang dan bertukar idea. Berkongsi pendapat ni tak semestinya dalam blog korang jer, kalau korang berjalan-jalan kat blog orang lain pun boleh gak.. sila la tinggalkan jejak-jejak warisan korang kat blog mereka. Kadang-kadang korang tak sangka yang masalah korang tu leh selesai dengan berblog jer. Yer la mana taknya, kalau korang banyak kenalan dalam dunia blogging mesti ramai yang akan cuba membantu dan memberikan pendapat mereka plak. Dan secara tak langsung kita dapat lihat jalan penyelesaian dari pelbagai perspektif.

3) Kawan baru

Dengan berblog ni memang korang akan dapat ramai kawan baru dari pelbagai latar belakang, bangsa, agama, umur, jantina dan lain2 lagi la. Melainkan korang ni silent reader pastu blog korang plak private memang macam agak susah la nak tambah kawan baru.. hehehe… Kalau nak tambah lagi korang leh join twitter plak.. leh link terus kat blog korang… Lagi sonang korje korang… heheheh… pastu kalau ada rezeki bloggers ni akan buat gathering, so leh r korang join dan meramaikan lagi kawan2 korang.. huhuhu…. Tapi aku tak pernah pun pergi gathering semua tu… Naik sogan den ni ha nak jumpa derang… Lagi pun aku hanya blogger picisan sahaja.. Blog pun jarang update.. hahahahha… Ayat sedih sat…


Secara kesimpulannya berblog ni memang best bangat… Korang plak kenapa suka berblog???


P/s – sorry r aku memang ada masalah dari dulu lagi nak buat penutup ni… so penutup aku memang selalunya pendek gila… hahahha…

13 comments:

  1. kalau blog kita disukai ramai, mesti akan best..baru akan rs kepuasan berblogging yg sebenar

    ReplyDelete
  2. Xpo - Mesti la... Kalau disukai ramai lagi banyak ilmu dan pendapat yang dapat dikongsi bersama.. hehehehe.... Lagi banyak kawan.... (tapi blog aku tak disukai ramai.. huhuhu...)

    ReplyDelete
  3. yang penting minat nak berkongsi sesuatu...lebih baik jadi diri sendiri kot..tak besh mana tapi cuba untuk tingkatkan yang tak besh tu jadi besh...tak mampu nak puaskan hati semua orang...

    ReplyDelete
  4. ye... dapat kawan yang best macam cik chempaka nie ha... :P

    ReplyDelete
  5. @Piston - Yer en Piston.. mulai hari ni saya akan cuba tingkatkan yang tak besh jadi besh.. ehehhe... Betul tu.. nak semua orang suka apa yg kita buat memang susah pun... Try our best jer la... Hopefully derang suka...

    ReplyDelete
  6. @Menteil


    Eh saya best ker en. Menteil.. hehehehe...

    ReplyDelete
  7. @Menteil


    Eh saya ni kawan yang best ker en menteil.. heheheh

    ReplyDelete
  8. aku suka berblogging sebab boleh dapat side income....tak sangka la pulak blog boleh buat duit...masyuuukkkk...huhuhu

    ReplyDelete
  9. @PakarHowTo

    Kalau dapat side income tu mmg best gilerzzz la... huhuhuhu.....

    ReplyDelete
  10. @Menteil

    Ni yang terharu ni... ahhahahah.....

    ReplyDelete
  11. erm sebab nak kongsi ilmu dan bertukar-tukar pendapat... :-)

    ReplyDelete
  12. @Zikr

    Betul tu.. Sama la kita... Berkongsi ilmu tanpa membazir masa....

    ReplyDelete