Friday, September 11, 2009

Cinta, Kasih dan Sayang...

Hi apa khabar semua.. Sedar tak sedar kita dah dekat dengan penghujung Ramadhan. Minggu depan dah nak raya dah.. Macam mana persiapan korang semua. mesti meriah kan... Tak sabar rasanya nak balik kampung a.k.a Kuala Kangsar,Perak.. Dah lama sangat dah rasanya tak balik kampung... Rindu kat suasana kampung... Okla dah banyak aku ngarut ni...

Apa-apa pun aku mintak maaf dulu kalau entry ni agak pelik... So Pang kalau u baca ni diam-diam sudah.. hehhehe... Entry kali ni di inspirasi dari citer kawan aku. Dia membuatkan aku terpikir penting kah cinta itu, dan apa bezanya antara cinta, kasih dan sayang. So citer kawan aku dulu. Dia dah 30 tahun. Kira macam dah layak kahwin... Tapi mungkin belum bertemu jodoh lagi si dia masih bujang. Nak dipendekkan cerita si dia ni berkenalan lah dengan seorang lelaki (lelaki A) ni dan ada la perasaan sikit kat lelaki ni. dalam masa yang sama datang seorang lelaki yang lain (lelaki B) yang ajak dia kahwin tapi si dia ni takde perasaan kat lelaki B ni. Hari tu aku dapat tahu dia dah terima lamaran lelaki B tu walaupun tidak wujud sebarang perasaan kat si B. Yang si A tu tadi takde tunjuk sebarang hint-hint pasal nak kahwin ni. So persoalan kat sini betul atau tidak tindakan kawan aku tu tuk menerima lamaran dari si B. Pentingkah cinta itu dalam sesebuah perkahwinan dan dalam perhubungan antara lelaki dan perempuan. Tanpa sebarang perasaan bahagiakah sesebuah perkahwinan tu?

Satu lagi persoalan yang selalu bermain di fikiran aku. Apa bezanya cinta, kasih dan sayang. Macam mana kita nak bezakan yang kita ni sebenarnya cinta atau kasih atau sayang atau suka kat seseorang itu. Mana lagi penting antara semua tu? Semua orang yang aku tanya semuanya bagi jawapan yang berbeza-beza. Ada yang kata cinta itu penting kerana kita boleh sayang kat semua orang dan hanya boleh cintakan seseorang sahaja. Ada yang kata juga sayang tu yang penting sebab cinta boleh pudar tapi sayang berkekalan. Hari tu kawan aku cakap kasih pun penting, tapi aku dah lupa sebab apa dia kata penting.

Aku agak tak paham kalau sesorang itu dah mempunyai pasangan yang dia cintai dan sayangi tapi pada masa yang sama boleh bercinta dengan orang lain. Macam kes suami yang kahwin 2 atau 3 ni. Kalau kita tanya kat mereka ni, rata-rata akan cakap diorang masih sayangkan isteri diorang dan seboleh-bolehnya tak mahu bercerai. Kalau mereka ni sayang dan cintakan isteri atau gf diorang tapi kenapa perasaan itu boleh wujud di antara mereka dan pihak yang ketiga. Adakah perasaan yang wujud di antara lelaki dan pihak ketiga tu cinta, kasih atau sayang?

P/s - Aku makin blur masa type entry ni... Tadi masa kat rumah ada idea, sampai depan PC semua hilang.. sorry la yer. Sila beri pendapat korang pasal Cinta, Kasih dan Sayang ni.

P/ss - Selamat Hari Raya Aidilfitri. Aku nak minta maaf banyak-benyak kiranya sepanjang korang baca blog ni ada menyebabkan korang tersingung ker apa ker... Aku hanya insan biasa yang tak dapat lari dari membuat kesilapan.

16 comments:

  1. Pada saya, cinta, kasih dan sayang ni semua benda yang sama..

    Dari cinta datangnya kasih dan sayang..

    Dari kasih dan sayang datangnya impian dan harapan..

    Yang kahwin lebih dari satu tu, bukan 100% kerana cinta, tp lebih kepada nafsu..

    Pasal kawan awak tu, saya rasa di umur 30an, rasa untuk setel down tu lebih, mungkin sebab tu dia pilih B..

    owh, salam perkenalan..

    ReplyDelete
  2. Hmmm... So cinta, kasih dan sayang ni sama2 penting la... Saling memerlukan la... Saya terpikir gak yg dia terima lamaran B sbb nak settle down semua. Tapi kalau dh setiap kali jumpa sy dia ckp dia xda perasaan kat si B, mcm mana tu?

    ReplyDelete
  3. kalau dh takde perasaan kenapa terima lamaran B?

    pelik kan.. senang awak suruh je dia semayang istikarah.. minta petunjuk..

    ReplyDelete
  4. hye chempaka
    kasih, sayang dan cinta tu saling berkait
    dari kasih datangnya sayang, dari sayang wujudnya cinta
    persoalan kwn chempaka tu sama dengan apa yg i hadapi sekarang. I cintakan "N" tapi i tak tau "N" cintakan i atau tak. sayang mungkin ada.tp die tak pernah pulak ckp apa-apa pada i yang menjurus kepada keseriusan hubungan kami dan akhirnya i membuat kesimpulan, kami hanya teman tapi mesra. tapi jauh di sudut hati i, i cintakan dia dan i mahu tunggu sehingga dia melafazkan cintanya pada i. chempaka tau, dalam masa yg sama "A" cintakan i. macam-macam die buat untuk menyatakan rasanya pada i. tapi masalahnya i tak cintakan "A". tapi rasanya bila sampai ketikanya, mungkin i akan bertindak seperti kawan chempaka tadi. ibu i pernah kata, kita akan bahagia dengan lelaki yang cintakan kita melebihi dari rasa cinta kita kepadanya.
    btw, Selamat Hari Raya Chempaka

    ReplyDelete
  5. aku sendiri kawin tanpa cinta atasan dasar hormat pilihan orang tua. Alhamdulliah bahagia. Kami sama tak cinta pada awalnya, tp sekarang dah 6 tahun kahwin anak dah dua aku ngan dia macam getah. Masih terasa bercinta dengan isteri, tu yang cantik kan..!!

    ReplyDelete
  6. Nazra - sama tp tak serupa... Macam mana tu?

    ReplyDelete
  7. Haritz - kahwin atas pilihan kuarga... Kalau kita leh terima seadanya sure takda masalah... Dan bagi sy sebenarnya perasaan hormat tu yang penting...

    ReplyDelete
  8. Abg pit - rasanya dia terima sbb umur dia... Si A plak tak pasti... Dah suruh dah... Xtau la dia buat ke x

    ReplyDelete
  9. gua tak kahwin lagi..apatah lagi bercinta..hehe

    selamat hari raya!

    ReplyDelete
  10. chempaka : takpe la.. doakan dia bahagia dengan pilihan dia..

    anyway.. selamat hari raya

    ReplyDelete
  11. Abg pit - Selamat hari raya gak...

    ReplyDelete
  12. Basuh baju - hmmm... Tak bercinta pun boleh bagi pandangan... Selamat hari raya gak...

    ReplyDelete
  13. there are no greater gift than friendship.
    just remember that,
    saya selalu follow your blog,
    banyak yang saya belajar than ada juga terjadi sekarang..
    redzuan@g1.com.my

    ReplyDelete
  14. Redzuan - thanks sbb follow blog saya walaupun saya jarang update. Anyway u ada blog x?

    ReplyDelete
  15. cinta utk seorg.. syg utk semua..

    ReplyDelete