Thursday, May 21, 2009

Wang, duit dan money





Aku hanya nak membincangkan tentang 2 pepatah berkaitan dengan wang yang kita selalu dengar sejak dari dulu lagi. Berikut adalah 2 pepatah yang aku maksudkan :-


1. "Money is not everything"


2. "Money is the root of all evil"


Tapi sebelum itu kita tengok dulu definisi "Money" ya. Logman Dictionary ada menyenaraikan 3 maksud "Money", tapi aku pilih satu jer la ya.


"What you earn by working and can use to buy things. Money can be in the form of notes or coins or cheques, and can be kept in a bank"


Perlu ke aku terang dengan lebih mendalam tentang definisi di atas. Rasanya pembaca-pembaca blog ni semuanya dah cukup matang untuk memahami apa yang dimaksudkan dengan "Money" kan. Jom kita fahami dan teliti tentang 2 pepatah di atas tadi.


"MONEY IS NOT EVERYTHING"

Setujukah anda dengan pepatah di atas. Ya, wang bukan segalanya dan wang tidak akan menjaminkan kebahagian seseorang. Akan tetapi kita harus ingat pada zaman sekarang, segalanya memerlukan wang. Nak pergi tandas pun kena bayar dan taktala korang pergi meninggalkan dunia ini pun memerlukan wang juga untuk membiayai kos pengembumian semua. Sekiranya kita tidak mempunyai wang kita akan hidup dalam kegelapan. Mana taknya, tiada wang korang nak bayar bil letrik.


Secara jujurnya, dulu aku tidak berapa setuju dengan pepatah di atas. Aku agak keliru kerana ia menyatakan wang bukan segala-galanya, tapi bagi aku
segala-galanya dalam dunia ni memerlukan wang. Tapi setelah meningkat dewasa baru aku paham dengan pepatah tu. Setelah aku lihat bagaimana anak-anak orang kaya ni selalunya terabai dan kekurangan kasih sayang. Mereka boleh memiliki segala-galanya dalam dunia ni tapi mereka tak dapat kasih sayang dan kebahagian seperti orang la. Mana taknya, ibubapa mereka sibuk mengejar kekayaan sehingga lupakan anak-anak mereka. Kesimpulannya, wang itu memang penting dalam hidup kita tetapi tidak menjaminkan kebahagian hakiki.


"MONEY IS THE ROOT OF ALL EVIL"


Percaya atau tidak, ramai orang yang menjadi hamba kepada wang sehingga sanggup mengenepikan agama hanya kerana wang. Kalau hendak disenaraikan perilaku manusia yang menjadi hamba kepada wang ni memang panjang berjela la. Kita boleh lihat bagaimana sebuah keluarga berpecah belah hanya kerana berebut wang dan harta kekayaan. Sedangkan mereka tahu memutuskan persaudaraan itu berdosa namanya. Bulan ini kita dikejutkan dengan berita wanita mengandung yang diragut sehingga mengakibatkan kematian kepada mereka. Manusia kini semakin hilang nilai-nilai murni dalam diri mereka.

Dan dek kerana hendak mendapatkan wang dengan mudah, manusia selalu mengambil jalan pintas yang jauh terpesong dari agama dan merosakan akidah manusia. Penggunaan toyol, tangkal dan yang lain-lain lagi memang agak sinonim dengan masyarakat melayu. Ada yang sanggup memuja dan menyembah kubur dan berhala dengan harapan memperolehi kekayaan dengan mudah dan pantas. Kisah santau menyantau antara peniaga makanan juga agak popular pada satu ketika dahulu. Hanya kerana ingin menamatkan perniagaan pesain mereka, mereka sanggup menyantau dan mengancam nyawa orang yang tidak bersalah.

Kita harus ingat wang yang kita perolehi secara tidak halal itu akan kita bawa pulang ke rumah jua. Dan apabila kita makan dari penghasilan wang haram tersebut ianya akan menjadi darah daging kita. Anak kecil yang tidak bersalah terpaksa menanggung akibat perbuatan ibubapa mereka. Ini adalah kerana memakan wang haram itu tidak akan mendapat keberkatan dari Allah S.W.T. Oleh itu janganlah kita menjadi hamba kepada wang.


Satu lagi contest yang aku cuba sertai. Kali ni dari blogger yang baru memfollow dan difollow di twitter khairil. Contest tu mensyaratkan aku untuk memilih salah satu daripada tiga gambar dan buat entry pasal gambar tu. Bila aku tengok ketiga-tiga gambar tu terus aku terjatuh hati kat gambar di atas ni. Seronok plak tengok duit banyak-banyak. Hadiah dia domain dengan wang ringgit dan tarikh tutup dia 3hb Jun ni.


By the way aku kena jawab soalan kenapa aku nak menang? Aku nak menang kerana menang itu adalah sangat best dan seronok. Sangat seronok seperti lagu tema NTV7 dulu "I Feel Good". Dan sekiranya aku menang aku nak domain chempaka85.com xpun chempaka.net. Dan seperti mana tiada sebab2 yg munasabah aku memilih nickname chempaka ni, begitu jua dengan domain.

23 comments:

  1. La kamu dah comment ke. Entry ni xsiap lg...

    ReplyDelete
  2. Jom kita komen entry yg tak siap ni.. hahaha

    ReplyDelete
  3. dah siap blum neh?? banyak duit.bak skit.hehe

    ReplyDelete
  4. betul3....hidup kita ni perlu duit....tapi jangan jadikan duit sbg matlamat kehidupan sbb bila berlaku mcm tu maka akan melengkapkan pepatah 'money root of all evil' tu...
    p/s:chempaka.net mcm best je bunyi...hehe

    ReplyDelete
  5. hehe, btul tu
    kadang2 duit bkn segalanya
    ada benda yg x leh beli dgn wang ringit

    ReplyDelete
  6. duit bukan segalanya..
    tapi segalanya memerlukan duit..

    di mana kau duit??

    ReplyDelete
  7. GambarHehe - ada2 je la ko ni... Tau la tgh bosan... Hahaha...

    ReplyDelete
  8. erm bagi aku sng jer..duit is angka...x dpt dtgkan paper pon dgn duit..duit x menjanjikan paper..sebb duit hylah perantaraan shj...Tuhan adalah segala..kalo tuhan nak bg kita senang walau x der duit pun boleh..byk dah peristiwa berlaku...huhuhuhu..neway..entry ni best..cuma x phm nape gambarhehe ckp entry ni x siap...

    ReplyDelete
  9. Mr Penyu Biru - hari tu tak siap lagi... Sekarang dah siap dah la... Hehehe...

    ReplyDelete
  10. wang tu penting tapi kena tau batas sehingga jadi hamba wang....
    nak tulis byk2 takde idea masa ni..

    ReplyDelete
  11. Hurul aini - ya jgn jadikan duit sbgi matlamat hidup.

    chumel ke? Hehehe...

    ReplyDelete
  12. Mustaffa - duit ada kat bank... Hahaha..

    ReplyDelete
  13. biasanya bile usia muda keinginan untuk mendapatkan wang untuk memenuhi kehendak sentiasa membuak2x.....

    ReplyDelete
  14. NIKMAT ketika berusaha mendapatkan wang adalah lebih THRILL daripada menerima hasil wang tersebut....setuju tak ?

    ReplyDelete
  15. Apabila mendapat wang yang kita terima....perlu ada ilmu untuk menguruskan duit yang kita dapat agar ia bertambah dan tak diakhiri dengan pembaziran..... sentiasa penuhi KEPERLUAN dari KEHENDAK....

    ReplyDelete
  16. Shafie - aku setuju bila ko ckp kalau tuhan nak kita senang xsemestinya dgn duit.

    tak hr tu aku upload gmbr jer tp entry xda.

    ReplyDelete
  17. "MONEY IS THE ROOT OF ALL EVIL", ni memang aku sokong ar chempaka.. sbb aku pnah dgr org ckp, musibah yang paling berat ialah "kemewahan", yg juga bererti 'duit'@wang@pulus ni..

    kesusahan bukan musibah yg berat, sebab kemewahan ni kalo tak betul2 tangani, memang abih ar, kalo leka, tu yg family tunggang langgang, lupe diri, lupe tanggungjawab tu sume.

    sbb lagi bnyk duit, lagi banyak tanggungjawab kene buat, baik bersederhana.lagi bagus.heheh

    salam singgah-aizat..

    http://aizatbest.blogspot.com

    ReplyDelete
  18. tahniah2 ..entri yg mnarik..hehe
    duit2..dimana kau duit..

    ReplyDelete
  19. Money is NOT everything but ALMOST everything.

    ReplyDelete
  20. Slm ziarah semua, p'bincangan yang sgt menarik, bagaimana jika kita tukarkan fungsi WANG kepada EMAS & PERAK?

    ReplyDelete
  21. emasputra - erkkkk... MLM ker apa ni...

    ReplyDelete