Thursday, April 30, 2009

Apa itu 5c?

Apa yg 5C ni eck? Adakah straight C dalam UPSR atau moto rukun tetangga kat area rumah korang... Seperti biasa aku imbas kembali kenangan lama aku. So citer kali di inspirasikan dari pengalaman aku sekitar tahun 2001/02.


5C ni bukan la satu moto rukun tetangga area rumah korang. Mungkin ada di antara korang yang dah pernah dengar sebelum ni pasal 5C ni. Konsep 5C ni cikgu kimia aku yg bgtau dulu... Dia kata perempuan mesti cari lelaki yang ada 5C ni :-

1. Career
2. Cash
3. Condo
4. Car
5. Credit Card

Cikgu aku cakap penting cari lelaki yang ada 5C ni. Lebih kurang hidup akan terjamin la kalau ada 5C ni. Lepas tu dia cakap kalau Singapore diorang amalkan konsep 6C, sama macam 5C tapi tambah lagi satu C iaitu Country Club Membership.


Aku terpikir penting sangat ker konsep 5C ni untuk memilih calon pasangan hidup mereka. Adakah konsep 5C ni akan menjamin kebahagian pasangan tu pada masa akan datang. Jom kita fahami konsep 5C ni.


1. Career
Setiap laki memang kena ada career kalau nak berumah tangga. Sebab dari career ni la punca pendapatan si lelaki. Kalau xda career xda duit, kalau xda duit mcm mana nak tanggung anak isteri. Mula la berlaku pergaduhan antara si suami dan si isteri. Tapi tak la bermaksud si perempuan ni kena cari bakal suami yg kerjayanya sebagai CEO atau Pengarah Syarikat. Cukupla sekadar si lelaki itu mempunyai pekerjaan dan mempunyai keinginan untuk maju setapak kehadapan.


2. Cash
Kenapa cash itu penting? Cuba korang bayangkan kalau seseorang itu mempunyai fixed asset yang banyak tapi cash(current asset) seciput jer. Yela rumah dengan tanah berlambak tapi cash kat tangan dengan bank takda. Kalau emergency kan payah. Tak kan nak kena tunggu nak jual tanah dengan rumah plak kan.


3. Condo
Condo ni bermaksud rumah la. Memang agak senang kalau ada rumah sendiri. Tak payah rungsing pikir takut kena halau malam2 buta ke apa ker. Lagipun bagi aku agak rugi kalau kita sewa rumah. Lagi2 kalau kita ni menyewa jer sampai ke tua. Duit habis macam tu jer tanpa dapat apa hasil. Tapi sekarang rumah pun mahal, lagi2 kat area Kl ni. So kalau mula2 tu nak menyewa pastu beli rumah sendiri pun ok gak.


4. Car
Kereta perlu ker? Kalau nak selesa memang perlu. Xpayah bersesak2 naik public transport. Lagi2 kalau dah ada anak lagi la nak selesa. Senang nak balik kg, xpayah berebut beli tiket bas time raya.


5. Credit card
Yang ni aku xtau apa pentingnya. Melainkan korang orang kaya pastu suka shopping sakan mungkin perlu credit card sebab leceh bawak duit banyak. Anyway kalau korang jenis leh control pengunaan credit card tu boleh la guna. Tapi kalau jenis yang boros macam aku memang tak boleh la sebab dia punya kesan memang dashat la. Silap2 leh bankrupt plak gara2 credit card ni.


Ini pendapat aku, biarpun korang dapat cari calon suami yg memenuhi 5C tu tapi takda agama pun xguna gak. So yg paling penting ialah cari calon suami yg mempunyai ilmu agama yg cukup. Ini adalah kerana mereka yg mempunyai ilmu agama ni tau akan dosa pahala. Bila dah tau dosa pahala mesti tau akan erti tanggungjawab, dan bila dah tau akan erti tanggungjawab Insyallah hidup kita selesa. So tak guna kalau ada 5C tp xda agama.



So apa pendapat korang? Pentingkah konsep 5C ni dalam mencari pasangan hidup.

18 comments:

  1. hohoho penting mmg penting... tapi ilmu agama ada pon tak cukup gak kalo dia jenis yg tak amalkan.. so takleh nak pimpin isteri.. so cari yg beragama dan mengamalkannya.. nak test senang aje, g dating tgk dia g suarau ke tak... g daating tgk dia pegang sini sana ke tak.. g dating tgk dia ada nasihat ape2 kebaikkan ke tak.. cari yg mengamalkan agama.. insyaAllah hidup kita dirahmati.. rezki Allah itu di mana2...

    ReplyDelete
  2. hehehe... macam best jer entri ni.
    ahaks.. tapi aku tadek la sampai menyepam
    ini entri memang layan.

    1. Carieer - Tadek ni.. susah le. Nak memasuk minang anak dare orang pon, mak die akan pikir dua tiga kali.. bleh cyae ke mamat ni nak bagi makan anak die.. haha.. see.. memang penting lo~

    2. Cash - Ade duit tapi besederhana. Ok la tuh.. daripada ade duit tapi kedekut nak mampos. Pengsan.. semua nak save. Nak yang berkualiti, mesti modal pon kene kualiti ma!

    3. Umah - kalau nak berkawin kene pikir pasal ni. Tak kire la rumah sewa ke rumah sendiri. Apa yang penting ade tempat berteduh.

    4. Car - itu futureristik. Rilek dulu.. buat ape nak gopoh gopoh... selagi blom keperluan, bersabar la.. jangan ikut periuk nasi orang lain. Kite dengan cara kite... depa dengan cara depa. Janji tak senak kepala membayar keter sampai nak makan pon susah!

    5. Credit Card - ini kad maut namenye. Kejadah haram tak penting langsung. Buat orang ramai jadi bankrup... so jauhkan le. Tak penting pon hidup bergaya tapi dikelilingi hutang. Sekali terjebak.. memang susah nak patah balik. Baik toksah ar!

    ReplyDelete
  3. ok...
    skrg ak xde satu pon C di atas...hahahhaha

    ReplyDelete
  4. Kill-vearn - memang pun... Kena cari yg ada ilmu agama and yang mengamalkan ilmu agama tu.. Baru lengkap....


    Hmmm... Memang masa dating tu kena test. Kalau tak bahaya gak.

    ReplyDelete
  5. zelo55 - ala lek r... Ko nak kawen dah ker... Tp xsalah prepare awal2 pun.

    ReplyDelete
  6. ok.. aku pulak nak bagi 5C untuk bakal aku

    1. Cinta
    2. Cantik
    3. Cemerlang
    4. Cemburu
    5. Chubby (?????)

    huhu.. gurau jer..
    tapi memang betul pon memang senarai2 nie penting..
    dan aku satu pon takde (?)

    macam ustaz atas tu cakap =) agama itu penting jugak..
    kalau kita tergelincir dia boleh tolong dan begitulah sebaliknya...

    salam cinta.. eh? salam . . . err.. salam 5C.. chow..

    ReplyDelete
  7. Dari guna CreditCard, baik pakai Debit Card.

    Kebanyakan orang yang betul2 kaya pun guna Debit Card. Nak buat apa diaorang hutang bank? Duit berkoyan, link dgn Debit Card terus cashless.

    Orang yang pakai credit card ni biasa yang nak merasa kaya atau tak berapa kaya tapi nak jugak membeli lebih dari kemampuan.

    Macam ada orang cakap tadi - Credit Card, kad maut. Betul sangat.

    ReplyDelete
  8. Yeah! Aku suka dengan komen Menteil.. Nak tiru lah..

    Boleh?

    ReplyDelete
  9. Pakcique - hahaha... Kamu nak tiru yg menteil punya 5c tu ker? Hahaha... Silakan... Hehehe...

    ReplyDelete
  10. Fird - Memang pun kad maut... Tapi kalau tak boleh control, debit card pun leh jadi bahaya... Guna punya guna sampai bank balance pun jadi RM0. Sebenarnya diri sendiri yang kena kawal.

    ReplyDelete
  11. Menteil - dashatnya ko punya 5c... Hahaha... Knp ko nak yg cemburu... Hahaha...


    Ala aku pun xda 5c tu semua... Bila nak ada ntah la...

    ReplyDelete
  12. Azman - Apa aku balas ni. Ko punya komen dah cukup lengkap dah ni... Aku naik buntu sudah... Hehehe...

    ReplyDelete
  13. credit card ni adalah harapan terakhir bagi aku. bukan khas untuk orang kaya .. mahu pun untuk orang miskin (eh miskin tak approve kot).

    apa pun kredit card la tempat korang mengadu bila korang sesak2 nak duit. sebab dia la paling pahami korang. dengan toresan manja. selesai sudah pembelian barang dapur sementara nak tunggu duit gaji masuk.sedikit bisikan manja online kat dia, dapat la korang beli tiket flight nak balik kampung.

    bersama dia juga aku gunakan untuk charge hotel aku bila aku traveling sebelum aku claim balik.

    memang maut kalu diasah tajam2 kendian toreh kat leher.

    tapi kalu pandai kontrol tu takdak masalah.

    amat sesuai untuk mereka takdak sedaramara terdekat yang dapat membantu ketika sesak2 tengah bulan or keta buat pasal. iaitu aku yang diperantauan..

    sekian wassalam.

    enjoy ur card? priceless.. hehe

    ReplyDelete
  14. kawen ngan aku jela. aku ada 5c + 1c tu.

    ReplyDelete
  15. Masrizal - mmg ada benarnya... Tp org mcm aku ni xleh ada credit card... Semua benda aku swipe kan... Huhuhu...

    Boros + credit card = bankrupt

    ReplyDelete
  16. Marzuki jalil - kawen dgn kamu... Haha... Dashat dah ada semua 6c tu... Apa ilmu ko guna...

    ReplyDelete
  17. Sbnarnye boleh kaya pakai credit card, ramai yg tak tau.. semua bergantung kat money management.. cuba google pasal teknik overdraft+ASB+credit card..

    ReplyDelete
  18. ala aku lelaki 5c..apa salah nya..asalkan kita ingat pada allah..hanya sebilangan sahaja...huhu

    ReplyDelete