Sunday, March 8, 2009

Radio 24 bernama

8hb mac 2009

Bgun kul 5.30pg td... Xtau nk buat apa pagi tu dahnya aku main game kt hp., pastu dgr radio smbl type kt hp apa yg aku nk publish kat blog.

Apa yg menarik kat radio pagi tadi masa aku dengar radio 24 bernama... Ada mcm satu perbincangan la... Xsilap aku org yg berbincang tu nama dia tok ki kot... Agak menarik dia punya jawapan tuk soalan2 yg ditanya oleh pendengar.

Ada satu isu menarik perhatian aku.. Tok ki tu cakap pemahaman politik x sepatutnya menjadi penghalang kepada orang melayu tuk bersatu padu... Sbb politik tu hanya satu ideologi sahaja... Dia bagi contoh orang cina walaupun diorang mempunyai pahaman politik yg berbeza tp diorang bersatu padu... Sbb tu diorg ada persatuan yg membela nasib mereka tanpa mengambil kira diorg tu DAP atau MCA. Korang pun mesti perasan kan orang cina byk persatuan yg membela mereka... Tapi kita ni kalau org PAS buat persatuan org UMNO xnk pegi, pastu klu org UMNO plak org PAS xnk pegi.

Teringat plak masa arwah tok aku meninggal hari tu. Masa tu kita org nk buat kenduri tahlil. So pakcik aku dari kedah uruskan hal2 jemput org masjid semua. Arwah tok aku dimandikan dgn solat jenazah kat masjid yg lain tp masa kenduri tahlil tu kita org jemput org surau xsilap aku. Yang peliknya surau dgn masjid ni di uruskan parti politik yg berbeza, so org PAS dgn UMNO ni xleh nk bersama2. Sebabnya org yg kat masjid tu xdtg(wpun dah jemput) kenduri tahlil tu sbb parti politik yg lain yg uruskan surau tu. Bygkan la org2 yg kat masjid tu kebanyakanya pak haji tp sbb politik yg berbeza sanggup xdtg... Mcm mana budak2 muda nak mencontohi perangai diorang ni... Nak jadi mcm arab ker... Xleh nk bersatu padu membantu Palestin.

Pastu ada pemanggil tanya tok ki ni pasal isu PPSMI... Aku mmg agak serba salah sikit dgn isu ni... Aku menyokong PPSMI ni, lebih2 lagi dalam era globalisasi yg memerlukan kita bersaing dgn lebih kuat untuk maju kehadapan. Tak kan kita hanya setakat menjadi jaguh kampung jer... Bagi aku penguasaan bahasa inggeris itu penting (aku pun xpandai sgt pun english ni, malah mengamalkan bahasa rojak). Ada satu MNC (Multi national company) kat Malaysia, sebelum ni berpusat di china tp disebabkan pekerja di sana kurang mahir dalam bahasa inggeris, mereka berpindah kat Malaysia.

Tapi dari sudut yang lain, pelajar2 dr pendalaman memang agak sukar nak memahami sains dan matematik dalam bahasa inggeris. Masa aku kat kedah dulu ada seorang pemandu kereta sapu ni cerita kat aku yg anak dia pandai dalam matematik tp disebabkan dah ditukar ke bahasa inggeris dah kurang cemerlang sbb dia susah nk paham apa yg di ajar. Pastu kakak tu cakap dia dah xboleh nak ajar anak dia lagi sbb kakak tu memang tak boleh berbahasa inggeris. Perkara mcm ni la yang buat pelajar2 ni hilang minat nak belajar dah.

Lagi satu, bagi aku siapa lagi nak martabatkan kan bahasa melayu kalau bukan org melayu sendiri. Tak kan kita nak suruh orang Uganda plak martabatkan bahasa melayu kita.

'Bahasa Jiwa Bangsa'
Ada satu jawapan tok ki tu yg best. Dia cakap kenapa kita harus limit kan diri pelajar2 ni... Otak manusia digunakan 10% tp jgn kita nak limitkan lagi sampai kita hanya gunakan 1% jer... Lagipun bila dah masuk universiti belajar dalam bahasa inggeris jugak... Apa beza belajar sekarang dgn belajar masa akan datang. Fikir-fikir kan lah...

"Children have never been very good cu listening to their elders, but they have never failed to imitate them"

5 comments:

  1. Tahniah kerana menyokong PPSMI...
    Tak mati pun Bahasa Melayu kalau guna English dalam Science and MATH!

    ReplyDelete
  2. Hmm, nak nangis rasanya baca post ni, memang betul apa yang chempaka tulis tu. walaupun kita berbeza fahaman politik, tak semestinya kita tak boleh nak menjadi manusia yang ada belas ehsan kepada manusia yang lain kan?

    Basically mrahfa tak suka tabiat westeners sebab depa suka sambut apa-apa pun dengan alcoholic drinks, free sex dsb. Tapi tak suka tu pada perihal yang depa amalkan, macam yang Saidina Ali bgtau, yang kita boleh tak suka tabiat buruk, tapi tak semestinya kita perlu benci orang tu.

    Saya sokong sangat pasal pengajaran dlm bahasa inggeris tu. orang yang bangkang tu kebanyakannya masih berpegang kepada penyata razak. agaknya kalau tun razak masih lagi ada, mrahfa rasa dia dah gubal balik penyata tu untuk suit zaman informasi tanpa had ni.

    ReplyDelete
  3. Desperado - betul tu xhilangnya bahasa melayu kalau guna bahasa inggeris tuk sains dan matematik.

    Tp kerajaan kena pastikan budak2 dr pendalaman tu x ketinggalan... Dan cari cara yang boleh memartabadkan bahasa melayu.


    Mrahfa - Memang pelik kan karenah manusia ni kadang2... Membataskan nilai2 murni yang ada diri sendiri hanya dek kerana satu ideologi yang belum tentu betul atau tidak...

    ReplyDelete
  4. hye saye br nk berjinak2 bace blog awak.sgt menarik.. :)

    ReplyDelete
  5. Idobez - yerker... Terima kasih sbb sudi baca blog ni... Sy pun bru jer blogging scara aktif ni... Anyway thanks...

    ReplyDelete