Sunday, January 4, 2009

Poligami

Apa pendapat korang tentang poligami ni...???

Aku bukanya apa.. tadi kawan mak aku datang citer pasal kes ex-husband dia... Pergh... mcm xboleh blah jer ex-husband dia.. malas nak citer plak apa prob dia... Tapi citer dia membuatkan aku teringat tentang poligami ni...

Aku tak menentang poligami ni.. Mana boleh menentang... ini hukum Allah S.W.T... Memang seorang lelaki dibenarkan berpoligami jika mampu. Dan seorang isteri yang rela dan redha suaminya berpoligami akan mendapat ganjaran dariapada Allah S.W.T. Aku mmg tabik hormat la kat perempuan yang redha dan rela suaminya berkahwin lagi... Bagi aku besar pengorbanan dia... Ialah bukan mudah bagi seorang perempuan untuk berkongsi kasih dan sayang dengan orang lain... Dapat plak husband dia tu 1st love dia.... Fuh.. mmg cintan habis la kat husband dia kan.... Skali husband balik bgtau,

"Yang, yang... Kalau abang nak bernikah lagi satu boleh?"

Remuk la hati dan jantung dia... xpun bila orang2 yang suka jaga tepi kain orang ni bgtau dia,

"Kiah, ko tahu tadi aku nampak laki ko berkepit dengan dengan betina lain. Dah bunting dah betina tu ..."

Klu dapat tahu macam ni, lagi la remuk hati perempuan tu... ish2... kesian pun ada... Kat sini memang menguji tahap kesabaran seorang perempuan tu. Perempuan yang sabar pasti akan tanya husband dia dengan cara yang baik... Kalau perempuan yang tak sabar pasti meletup la perang dunia ke-3. Malah ada yang sanggup bunuh pun ada.. Macam hari tu aku ada baca perempuan ni pergi bakar kemaluan husband dia sampai husband dia mati la... Tp aku x igt sbb apa dia jadi sangat marah.

Yang buat aku tak gemar sangat ni bila lelaki yang tak mampu untuk berpoligami, tak kisah la dari segi apa sekali pun... Dah tau takde duit yang nak berpoligami buat per... Sah2 ko xleh nak tanggung isteri2 dan anak2 ko... Buat tambah dosa dah nya... Pastu yang tak berlaku adil terhadap isteri2 dan anak2 dia... Macam mana la perempuan nak terima poligami ni kalau perkara2 macam itu terjadi...

Tapi ada gak kes suami mampu dan cukup la segala2nya tuk berpoligami, malah bakal madu dia pun sanggup terima dan seorang yang orang kata baik la... Isteri pulak yang tak leh terima.. Tak leh terima hakikat kasih dan sayang suaminya bukan hanya untuk dia jer... Sampai pergi jumpa bomoh la gara2 nak pisahkan suami dia dgn bakal madu dia tu... Buat suami tunduk jer dekat dia... Khurafat, syirik semua ada... Sangup membelakangi agama dan turut kepada kehendak syaitan semata2 xnak bermadu... Ish tak patut betul la...

So, kepada suami2 dan lelaki di luar sana... Sekiranya anda teringin nak berpoligami ni.. Fikirlah masak2 dulu sebelum buat keputusan sbb semuanya akan mempengaruhi hidup anda di masa hadapan...

soure: tulus dari hati ku yang mereng sekarang ni.

Ps: kenapa post2 aku sejak 2 menjak ni bersifat keperempuanan sangat.... TIDAK...!!!!


"Love is when you can't hate, no matter how much wrong is done to you. If you can love beyond all hurts and pain, then it's love."

4 comments:

  1. Poligami nih bukan pasal apa...nak elakkan zina dan mcm mcm lagi problem social mcm rempit, bohsia dll.

    Dari kandung dosa..biar yg halal...berpahala...tuh aja...pasal sifat lelaki mcm tuh... yg wanita lak...dah ader laki... tak nak layan suami lak...byk kes mcm tuh..tuh yg si suami bosan cari lain...

    maka ingatlah kenapa warga neraka kebanyakan dari golongan wanita..*(isteri)

    Azrin @ www.azrin.net

    ReplyDelete
  2. la memang la... saya xkata pun poligami tu salah... kalau mampu silakan la berpoligami... nak kahwin 4 sekali pun xpe... asalkan lelaki itu mampu untuk menanggung isteri2 dia dan berlaku adil...

    ReplyDelete
  3. maksud Azrin tu ialah tentang kesalahan suami berpoligami tanpa mematuhi syarat mungkin bertitik tolak dari isteri itu sendiri yang gagal menjalankan tanggungjawab. memang tak patut dijadikan alasan tp perkara sama berlaku bila ada wanita/isteri melakukan perkara-perkara syirik kpd suami hanya kerana cemburu dan sebagainya. situasi berbeza ttp alasan yang sama. keduanya salah tetapi sekurang-kurangnya suami yang berpoligami tanpa sebab yang kukuh masih boleh diterima akal manakala wanita yang menyekutukan Allah akibatnya fikir-fikirlah sendiri.

    ps: sori panjang gile komen. hehe
    pss: aku dh beristeri tp tak pernah terpikir utk berpoligami. aku sayangkan dia dan sentiasa memafkannya walau ada ketika mungkin dia telah mengguris hati.
    psss: ayat poyo skema gile. sila buat2 tak tahu ye ;)

    ReplyDelete
  4. Ya, aku paham maksud azrin tu... aku paham gak apa yg ko cuba maksud kan... Aku bukannya apa, aku dah tgk sendiri macam mana keluarga tu bermasalah bila si suami tidak boleh berlaku adil... Dalam keluarga aku sendiri pun banyak yg berpoligami... Ada yg ok dan ada yg x ok...,

    Macam kes moyang aku dulu, suami dia kahwin 4 lagi... malah pada zaman tu zaman penjajah, kira miskin la.. tp mereka hidup bahagia sampai la ke akhir hayat... Sampai madu2 tu saling jaga menjaga la anak mereka...

    Ada satu sedara lain lak, beristeri dua tp takut kat isteri muda... Aku tak tau la takut ker sayang sgt ker... Yang pasti dia tak mampu untuk berlaku adil... Yang jadi mangsa ialah anak2...

    Suami kena la mainkan peranan sebagai ketua keluarga tu sebaiknya. Manakala isteri plak kena terima dan jgn saling membeci antara satu sama lain... klu xbuat macam ni, sampai ke sudah pun bercelaru la keluarga tu...

    byk lagi aku nak type ni... tp kan panjang macam entry baru lak... hehehehe...

    ReplyDelete