Saturday, December 20, 2008

Selembut Salji...

Hati seorang wanita ibarat segumpal salji
Tulus dan mulus andai dibelai rapi
Jika disiram ia akan lebur menjadi air
Semakin lebar ia, semakin sukar di bentuk
Jika dibiarkan, ia akan keras menjadi ais
Semakin keras ia, semakin sukar dipecahkan

Andai ingin memiliki
Tawanlah dengan sepenuh hati
Jagalah dengan kurungan besi
Gilapkan ia hingga berseri
Moga mimpi menjadi realiti
Walaupun nampak mudah ditakluki
Namun amat sukar dimiliki

Andai dihimpun lautan emas
Andai ditabur segunung intan
Andai dililit kilauan permata
Tiada apa mampu menawannya
kerana hanya KEIKHLASAN HATI
jadi penawarnya.



Nukilan rasa Anim Naima...


kawan aku anim buat masa kita orang kat matrik dulu... suka la dia punya maksud.....

No comments:

Post a Comment