Saturday, December 20, 2008

Sahabat...

Teman,
Masihkah kau ingat saat kita berkenalan,
Pada ketika itu kau sedang menangis sendirian,
lalu ku cuba menghampirimu untuk meriakan mu,
Kau ketika itu dalam kesedihan menghulurkan tanganmu sebagai tanda persahabatan
Aku sungguh tersentuh dengan kemuliaan hatimu,
keransa sanggup menerima ku sebagai sahabat mu,
Lalu ku sambut tangan mu sebagai tanda sebuah persahabatan,
dan bermula detik itu kita merupakan sahabat sejati.

Teman,
Kau tanpa segan silu memperkenalkanku kepada rakan-rakanmy yang lain,
Walaupun kau tahu mereka tidak akan menerimaku, kau masih mencuba,
Kau bukan sahaja disisihkan dari mereka,
malah telah di hina kerana bersahabat denganku,
Ingin sekali ku membawa diri dan meninggalkanmu,
Aku tidak sanggup lagi melhat kau dilayan sebegitu,
Akan tetapi, apabila kau menyedari aku cuba untuk meminggirkan diri,
Kau datang padaku dan cuba menyakinkankun tiada apa yang dapat menghalang persahabatan kita,
Keikhlasan dirimu telah membuatkan ku terharu,
dan kini persahabatan kita lebih kukuh daripda sebelumnya,

Teman,
Kau sentiasa berkata kau mencemburui kebahagiaanku,
Kau juga berkata, kau sanggup menjadi sepertiku,
jika mendapat keluarga yang bahagia seperti ku,
Aku sering tertanya-tanya kenapakah kau berkata begitu,
Adakah segala kemewahan yang kau perolehi tak mencukupi?
Namun, segala persoalanku terjawab apabila kau mengundangku ke rumahmu,
Disitu, ku telah ketahui segala penderitaan yang kau alami sebelum ini,
Ayahmu seorang usahawan yang berjaya,
Namun, ayahmu jua seorang kaki perempuan,
Manakala ibumu seorang yang pemabuk angkara keceewa dengan sikap ayahmu
Malah dia sering memukulmu taktala dia mabuk,
Kau telah menceritakan segala-galanya padaku,
Kini baru ku mengerti mengapa kau menangis sendirian pada pertama kali kita berjumpa,

Teman,
Masa telah mendewasakan kita,
Kau telah diberi peluang untuk melanjutkan pelajaranmu di luar negara,
Manakala aku sendirian di tanah air tercinta,
Aku telah melanjutkan pelajaranku di salah sebuah universiti tempatan,
Setelah 4 tahun tidak bersua muka,
Kau dan aku dipertemukan dengan tridak sengaja,
Kau seolah-olah tidak gembira dengan pertemuan kita,
Malah kau tidak mengaku bahawa aku adalah sahabatmu,
Perubahan sikapmu itu, amat mengecewakanku,
Aku tidak sangka persahabatan yang terjalin di antara kita selama 13 tahun lerai begitu sahaja,
Aku cuba untuk melupakanmu, namun amat sukar untuk melakukanya,

Teman,
Di keheningan malam yang muram,
Aku telah dihubungi oleh ibumu yang mengatakan kau di timpa kemalangan,
Kau berada di tahap kritikal dan memerlukan jantung yang baru untukmu,
KINI, aku berada di salah satu wad untuk menanti dibedah untuk pemindahan jantung,
Walaupun telah dibantah oleh doktor untuk meneruskan pembedahan ini,
Akan tetapi aku telah meyakinkan mereka yang seorang pesakit barah yang tiada peluang untuk hidup tidak memerlukanya,
Sesungguhnya ketahuilah bahawa insan yang berwajah cacat ini tidak pernah melupakan kau sebagai sahabatnya,
Aku amat menghargai persahabatan kita.




aku try buat masa kat matrik dulu... kalau xbesh sorila eck...

No comments:

Post a Comment